Kenapa kena pergi check buah pinggang dan hati?

Kami ni makan vitamin dah hampir 20 tahun...siapa kata kami tak concern tentang hati dan buah pinggang?

Bila ada yang mengatakan makan vitamin boleh rosak 2 organ ni...sebenarnya saya setuju kerana ia boleh berlaku kepada pengamal yang

1. Pengambilan air kurang
2. Makan vitamin tak ikut dos yang disarankan.
3. Makan secara berlebihan


So last week sebelum balik event Shaklee BLNC nama popularnya.... [ Business Leader National Conference] kami suami isteri sempat la ke BP Lab untuk buat ujian kesihatan. Kami ambil pakej penuh yang ditawarkan iaitu harga dalam RM168. Health Screening.

Sebenarnya jikalau hanya nak tahu kolestrol dan bacaan gula hanya perlu bayar RM50 sahaja tapi dah alang-alang buat kami prefer pakej lengkap dengan ujian ketumpatan tulang dan BMI.


Untuk ujian darah, result keluar selepas 2-3 hari...tapi untuk ujian ketumpatan tulang dan BMI, kita boleh dapat result sejurus selepas itu.


Alhamdulillah hari ini kami berkesempatan ke BP Lab untuk ambil result darah kami.


Guess what?!!!

Buah pinggang?

GOOD !


Hati ?


GOOD !


Jujurnya saya tak risau reult darah disebabkan vitamin....tapi lebih kepada pemakanan saya yang adakala tak berapa sihat seperti suka makan makanan laut yang kaya dengan protien dan iodin. Tapi alhamdulillah semua keputusan darah baik belaka. Syukur alhamdulillah.


So  buat mereka yang takut atau was-was nak makan vitamin....nasihat saya

1. Pastikan pengambilan air kosong selari dengan keperluan berat badan anda.
2. Makan ikut dos vitamin yang disyorkan.
3. Dapatkan nasihat pengedar yang bertauliah, bukan yang hanya pandai jual !
4. Makan vitamin yang betul ada jaminan berkesan dan selamat. Banyak aje produk yang beritahu mereka berkesan tapi belum tentu selamat.
5. Buatlah ujian kesihatan [ health screening] setiap 6-12 bulan untuk mengetahui keadaan organ dalam badan kita.



Nanti saya akan share result buah pinggang dan hati saya...kerana saya yakin ramai orang concern pasal benda ni.


So stay tune dalam next entry saya.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan