Rabu, 13 Disember 2017

Perkara rumit yang perlukan kesabaran


Vitamin ni berbeza dengan ubat...dan apa yang diajar selama ini , ubat kita makan bila kita sakit. Vitamin kita makan untuk sihat.

Bila doktor bagi vitamin? Bila ibu mengandung dan menyusu...atau bila pesakit kelihatan sangat lemah dan perlukan supplement bagi menampung kekurangan nutrien dalam badan yang sangat ketara.

Bila makan ubat kita mengharapkan kita akan cepat sihat. Ubat memberi rasa tahan sakit dan kita dapat relax akibat menahan kesakitan. Namun ia tidak bersifat kekal. Habis masa, maka sakit akan datang semula. Namun bila keadaan terdesak...pesakit yang dalam kesakitan akan diberi ubat supaya ia dapat rehat [ tidur] dan dengan rehat yang mencukupi diharapkan sistem imun dapat bekerja semula dengan baik. Ini saya belajar dari doktor yang pakar dalam bidang nutrisi.

Berbeza dengan vitamin....ia diperlukan oleh mereka yang ingin kekal sihat.

Bila dah sakit kita mencari vitamin...badan perlu masa untuk dapatkan kesihatan yang optimum.

Vitamin yang diambil tadi secara beransur akan membantu memenuhi keperluan badan yang selama ini mungkin lompong dan menjadi simptom kepada penyakit.

Jadi hasil dari makan vitamin susah nak nampak 1-2 hari tetapi mungkin 1-2 minggu dan mungkin 1-2 bulan bergantung kepada kelompongan  zat vitamin dan galian yang badan kurang selama ini.


Sama macam mengait...perlu masa untuk siapkan sehelai pakaian. Nampak cerewet kan? Tapi percayalah berkat sabar hasil makan vitamin tu kita akan nampak juga dan adakala orang lain yang lebih perasan kehadiran kesan tersebut dalam hidup kita.







Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Tiada ulasan: