Training sebenarnya untuk upgrade skill, ketrampilan diri, cara berfikir, cara bertindak dan paling pasti jika attend untuk penambaikkan ianya adalah proses menghasilkan diri kita yang lebih baik.
So biasa kita jadi lemau bila dah lama tak datang training. Training yang ada modul dan pengisian penting dalam membantu kita menjadi orang yang lebih baik.
Jika sebelum attend kita memang ada niat nak dapat ilmu, praktikkan pasti kita akan dapat lihat hasilnya.
Bila datang training sebenarnya membuka minda kita keluar dari kepompong biasa yang kita diami. Sebab bila datang training, jumpa dan belajar pelbagai ragam manusia, belajar dari orang lain yang lebih mahir dan mendapat banyak ilmu baru.
Dulu zaman belajar kat U dapat kami attend seminar kepimpinan di Bukit Fraser, dapat join Seminar Etikat Sosial....best sebenarnya. Buka minda paling utama.
Zaman kerja kena attend Bengkel Matematik...best jumpa cikgu dari sekolah lain. Bertukar-tukar fikiran dan bantu kita mengajar dengan lebih baik.
Kalian dah berapa lama tak attend training?
Bila last training kalian attend?
0 Ulasan