Semalam beli cempedak goreng. Agaknya dah musim sebab akak yang biasa jual goreng pisang dah mula jual cempedak goreng.
Akak tu jual 3 biji RM2. Memula memang rasa mahal. Tapi bila tengok ulasnya besar , senang la hati bayar. Memandangkan makan seorang aje [ suami dan anak-anak tak berapa minat] saya beli RM6. Bawak balik 9 biji.
Tak cukup dengan tu, saya beli sebiji cempedak yang beratnya 2 kg dengan harga RM16. Itulah tamak menguasai diri. Terasa nak makan sangat cempedak ...takut tak puas.
Dah semerbak satu rumah bau cempedak. Dalam kerisauan sapalah nak makan bila dah buka...saya usaha juga buka. Bersyukur yang amat sebab dalam cempedak yang saiznya seperti bayi 1 bulan.. adalah 3 ulas besar dalam tu.
Syukur sebab saya dapat makan semuanya tanpa membazir.
Dan waktu tu saya kata, itulah adat berniaga...kalau si peniaga [ akak tu buat goreng]..maka ia hanya berharga RM2 sahaja untuk 3 ulas. Tapi bila jual satu biji harganya RM16.
Hakikatnya Allah dah tahu rezeki yang terbaik buat kita.
Saya sangat bersyukur kerana ada 3 ulas aje. Kalau ada banyak saya rasa ia akan busuk dan akhirnya masuk tong sampah juga.
0 Ulasan