Kuasa fokus yang orang tak tahu!

Bila cerita meniaga....kita akan fikir.... ada barang, ada pembeli...barang ditukar dengan mata wang menjadi transaksi.

Jika hanya fokus duit yes....banyak transaksi memang menyeronokkan.

Sebagai penjual memang seronok berjual dan mampu jual semua jenis barangan.



Tapi mereka yang setia pada satu bisnes mampu menjadi usahawan. Mengapa? Mereka memiliki kuasa fokus.




Ramai yang tak percaya pada kuasa fokus kerana hanya memandang untuk hasil transaksi iaitu bilangan tunai yang diperolehi.

Jika  fokus , kita mampu untuk menyediakan

1. ... ruang penambahbaikan dalam bisnes, 

2. ... ruang untuk berkembang lebih maju, 

3. ... ruang untuk masa beribadat, 

4. ... ruang untuk kita menghargai ahli keluarga, 

5. ... ruang untuk diri sendiri [ time freedom].

6. ... ruang untuk memajukan diri dalam cara berfikir, bertindak dan merancang.

inilah kuasa fokus yang ramai orang tak nampak.







Ya fokus boleh dilakukan bila impian kita lebih besar dan sangat besar.




Bila bisnes yang kita fokus dah mula membiak dan berkembang pesat serta STABIL barulah boleh dipertimbangkan untuk menambah pelaburan dalam bidang lain.









 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan