Teringin anak perempuan bila tengok gambar baby girl tapi...
Kehadiran Melen dah melengkapkan semua.
Dah dapat Melen syukur banyak jugak!
Baru aje seminggu adopt Melen ni... Sebab dah janji ngan Nasa so sempena birthday Nasa akan datang ibu dah dapatkan hadiah siap-siap.
Nama dia Melen. Baru nak masuk 5 months. Saya tak pernah ada kucing sespecial Melen. Dulu bela kucing kampung aje. Tak tido dalam rumah pun. Hok ni makan, tidur dan main semuanya dalam rumah.
Part bagi makan dan main semua orang suka. Cuma nak bersihkan najis ibu taknak bagi Nasa buat sebab dia belum besar. Tunggu Nasa 10 tahun nanti dia kena belajar urus adik dia ni. Nak minta Addin buat dia bagi alasan tu kucing Nasa... Hahaha. Bersabarlah wahai ibu.
Anyway Melen buat semua orang caring..
Ibu, Melen dah minum? Ibu, Melen lum makan. Kadang2 Melen nak membuang pun ada aje yang sanggup datang dekat sama ada nak tengok atau nak teman, wallahu alam.
Hmm benarlah kata orang, bela kucing ni membentuk jiwa yang sabar dan penyayang. Nasa pun dah jadi sangat penyayang dan cakap pun lembut aje sebab Melen.
0 Ulasan