Sabtu, 4 Jun 2016

Biskut sihat Meal Shake 😋

Semalam dalam kelas Shaklee kami belajar memasak. Kami buat ESP protien bar dengan Nutritionist Sarah.

So hari ni semangat la saya nak buat Meal Shake snack bar untuk anak saya makan selepas aktiviti riadah petang.

Alhamdulillah good start sebab mereka boleh terima makanan ini. Siap minta buat perasa berbeza.

Sangat mudah kerana hanya perlu sejukkan sahaja. Bermakna takde bakar-bakar dan ini bagus untuk menjaga vitamin dalam meal shake.



Bahan2 yang saya gunakan 

Meal Shake 4 sudu besar
Biskut weetameal 8 keping
Nestum 2 sudu besar
Esen vanila
Sedikit susu cair
Buah2an campur ( mix fruit)

Biskut dilumatkan dan semua bahan digaul sama rata. Kemudian bentukkan mengikut bentuk yang kita suka.

Selepas itu simpan dalam peti ais untuk 1/2 - 1 jam sebelum sedia untuk di makan.

Cubalah demi kesihatan seisi keluarga!

Tiada ulasan: