Walaupun tidak bersama mereka di Italy namun kami boleh rasa kegembiraan yang sedang mereka perolehi. Kalau ada rezeki kami memilih Umrah Abu Dhabi dengan Shaklee.
Ya banyak gambar di fb yang bercerita trip Italy Shaklee namun tahukah anda bahawa di sebalik gambar senyuman itu ada banyak cerita yang tersembunyi ?
Tahukah kalian mereka ini adalah orang yang SEDIKIT tidurnya, BANYAK cabarannya, hidup dengan kritikan dan kutukan, dikhianati, melakukan kerja yang renyah, melalui banyak penolakan, menerima TEGURAN mentor dengan hati yang membina, bila gagal mereka TERUS mencuba, tidak malu bertanya, tidak malu nak maju dan mereka juga pernah ada rasa mahu berhenti berusaha TETAPI mereka TERUSKAN juga.
Apa yang mereka perolehi bukan hanya nilai duit tetapi kepuasan atas kerja keras mereka.
Untuk dapatkan trip istimewa ini perlu pengorbanan. Jika baru sedikit berkorban, jangan ungkit kerana ramai lagi yang berkorban lebih dari kita dan hasilnya ialah sebuah kepuasan.
Teruskan usaha... Belajar perkara baik dari orang yang dah berjaya. Saya yakin kejayaan adalah hak setiap insan yang BERUSAHA mendapatkannya.
Mungkin anda dah terlepas peluang trip ke Italy dengan Shaklee tapi jangan risau, ada banyak lagi trip yang menunggu cuma balik pada diri kita mahu atau tidak.
0 Ulasan