Masih terbayang wajah Puan Montiah, insan pertama yang bergelar cikgu dalam hidup saya. Tahun 1 Orkid adalah permulaan hidup saya mengenal erti persekolahan. Dalam tangis sendu takut cikgu Montiah sentiasa ada menenangkan saya di sisi.
Walaupun kisah ini sudah 30 tahun berlalu namun ingatan terhadap allahyarhamah Puan Montiah sentiasa segar dalam ingatan ini kerana beliau sangat penyayang.
Meniti usia yang meningkat setiap tahun memang pasti ramai cikgu yang nama mereka di semat dalam hati ini. Dalam setiap doa setiap sujudku mendoakan semua guru-guru dirahmati Allah.
Dimarah dan ditegur adalah adab dalam menuntut ilmu. Dikala hati memberontak memang tidak dapat melihat kasih cikgu disebalik kejadian....namun apabila usia meningkat matang....baru ku sedar teguran itulah teguran membina.
Cikgu Norizan cikgu pertama saya semasa usia meningkat alam remaja...guru kelas saya semasa di tingkatan satu. Guru kelas yang sangat prihatin dan sangat lembut. Dalam kelembutannya memang ada tegasnya. Pastinya kasih cikgu sentiasa terasa dalam diri ini.
Puan Hamidah cikgu yang sangat berwibawa ....cikgu yang sangat tegas ...dan cikgu yang tercantik dan sehingga hari ini saya masih mengingati cara beliau mendidik kami. Mengenali beliau semasa Tingkatan 3...sehinggalah hari ini ukhwah itu terus terjalin. Antara cikgu yang memang saya rapat dan setiap kata-kata beliau menjadi kekuatan dan memberi saya semangat untuk terus berjaya!
Memang ramai cikgu yang kita kenal dalam hidup kita sepanjang persekolahan...dan hakikatnya bila saya pernah menyandang tugas yang sama iaitu seorang cikgu...baru saya sedar tegas cikgu itu adalah untuk mendidik. Saya hari ini adalah hasil didikan, hasil teguran, hasil marah , hasil kasih sayang yang semua cikgu berikan sepanjang saya belajar.
Paling saya takut cikgu taknak tegur saya... sebab itu tanda hilangnya doa dan kasih seorang guru.
Sesungguhnya cikgu marah adalah kerana cikgu sayang. Bila tiada sayang, tiada lagi barakah doa seorang guru.....
Hebatnya karamah berkat doa seorang guru , saya percaya kejayaan saya hari ini adalah barakah doa-doa semua guru saya sehingga hari ini.
Terima kasih cikgu. Kasih dan doa cikgu akan saya bawa dalam meniti ranjau onak duri kehidupan saya. Saya sayang cikgu.
Selamat hari guru cikgu!
♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa

Puan Hamidah Reduan. |

0 Ulasan