Saya masih menjadi seorang cikgu sehingga hari ini.... saya masih cikgu Matematik pada 2 pelajar tetap saya... Addin dan Nasa.
Saya dan Abah mereka memang tetap dengan rutin kami iaitu menjadi cikgu pada anak di rumah dan cikgu untuk anak Shaklee di luar. Selain ini kami adalah Pengedar Sah Shaklee pada setiap hari.
Saya adalah cikgu Matematik dan cikgu BM manakala Abah adalah Cikgu Sains dan cikgu English.
Memang seronok sebab itulah profesion saya masa makan gaji dulu....
So kami memang kena sediakan Rancangan Mengajar Harian untuk dua pelajar kami ini setiap hari :)
Bila matematik ada satu topik yang sedikit mencabar iaitu topik Bundarkan.
Bukan mudah kerana perlukan kesabaran dalam memastikan mereka faham.
Nasa excited cerita dengan cikgu dia yang dia dah belajar di rumah topik ini dan bila cikgu bagi soalan dia volunteer jawab. Paling best tambahan dia pada cikgu... " Ibu saya cikgu Matematik, dia ajar kami Matematik dan hari-hari saya kena marah dengan ibu saya supaya pandai Matematik."
Erk...walhal bukan setiap hari ada jadual matematik!
Oh ya kami buat jadual belajar di rumah supaya lebih mudah.
Satu subjek 40 minit sahaja. Sehari 2 subjek sahaja. Alhamdulillah tidak memberatkan mereka.
Memang anak kita ke sekolah dan cikgu mengajar mereka di sekolah. Namun di rumah mereka juga perlukan masa kita .
Ibu bapa adalah cikgu terbaik untuk anak-anak! Setuju?
Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa
0 Ulasan