Beza hidup mereka yang biasa dan luar biasa?

Pernah tak tanya pada diri sampai bila nak hidup begini? Sampai bila nak hidup biasa-biasa? Bila agaknya boleh merasa makan di restoren mewah? Bila agaknya boleh merasa nak bercuti makan angin di oversea? Bila agaknya nak merasa buat derma 3-4 angka?


Shaklee Miri

Waktu ni cuba cek balik rutin kita.... Kalau pergi kerja 8 pagi sampai 5 petang....balik rumah penat dah tak larat. Sambil menyusu anak mata dah terlelap satu kerja tak boleh siap.

Hujung minggu hari keluarga. Duduk rumah tengok tv kalau tidak window shopping. Duit gaji masuk dapatlah makan sedap kalau tidak makanlah Mee Sedap. Nak bagi derma tak dapat nak beri lebih kerana sendiri pun cukup-cukup sahaja.

Berbeza dengan orang yang hidupnya luar biasa... segalanya tiada yang mustahil kerana dah penat hidup biasa.

Mereka pergi kerja sama juga 8 sampai 5 petang. Habis kerja buat part time untuk tampung anak keluarga. Balik rumah perlu masak didik anak dan kemas rumah. Mana yang bisnes online inilah masa nak update blog atau menjawab soalan semua online.

Hujung minggu ke kelas bisnes amik ilmu mana yang kurang. Buat prospecting sini dan sana nak dapatkan extra wang. Dapat duit berjimat cermat uruskan bisnes dengan berhemat. Siang malam membaca buku untuk dapatkan banyak ilmu.

Bila menderma mereka berebut-rebut nak beri sebab tahu barakah yang hebat menanti.

Itulah beza mereka yang hidupnya biasa dan mereka yang luar biasa.

Balik pada diri apa yang kita cari.....

Tak guna merungut sana sini....tak perlu tuding jari kanan dan kiri....semuanya balik pada diri sendiri.

Kalau orang lain boleh kenapa sendiri tidak?

Biasa ramai yang buat hangat-hangat tahi ayam... sebab tak tahu apa yang dia mahu dalam kehidupan.
Tuntutlah ilmu dengan mentor dan jangan sesekali betah bila dah pandai.


Hidup ini hanya sementara jadi mengapa nak hidup biasa-biasa?




 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan