Minggu lepas kami sempat menghadiri taklimat GST yang diadakan oleh syarikat khusus untuk leader2 dalam Shaklee.
Shaklee juga akan mengadakan road tour untuk memaklumkan pada semua pengedarnya tentang GST.
Walaupun GST belum pun di implement dalam ekonomi kita pada hari ini namun ada aje segelintir peniaga yang mengenakan GST [ memang terang dinyatakan dalam resit yang kita bayar].
Padahal dah terang lagi nyata yang GST hanya akan di implement pada bulan April 2015.
Maknanya kita ada lagi 4 bulan lebih kurang untuk menikmati taraf hidup yang sama seperti sekarang.
Walaupun orang kata GST hanya akan beri impak pada golongan atasan [ mewah] namun hakikatnya tempias akan dirasai oleh seluruh rakyat tanpa sedar.
Bila dengar kenaikan harga barang [terutama bahan kehendak bukan keperluan] akan meningkat 6% hakikatnya ia satu kenaikan yang besar. Memang bukan semua dikenakan GST namun saya yakin harga barang yang lain akan naik disebabkan tempias GST.
Tengok aje perkara biasa yang berlaku ; harga barang naik kerana harga minyak naik.
Walaupun kerajaan menegaskan barang keperluan tidak naik harga namun sebagai peniaga kenaikan harga minyak itu sendiri tidak langsung meningkatkan harga barang lain tanpa sedar.
Waktu ini kita ada pilihan untuk berpeluk tubuh dan melalui zaman GST itu dengan hati terbuku [ bukan terbuka] atau kita usaha dari sekarang untuk ikhtiarkan bagaimana nak support ekonomi rumahtangga supaya kenaikan harga barang tidak terlalu disara apabila kita ada side income yang lebih baik.
Jika dikala ini anda sudah merancang untuk berniaga...saya sangat alu-alukan. Namun saya nak share kan tips meniaga yang saya dapat dari buku 17 tahun dahulu.
Ada 5 perniagaan yang permintaannya takkan putus iaitu :
1. Dunia pemakanan terutama yang menyihatkan.
2. Apa sahaja berkaitan dengan kelahiran dan dunia anak-anak.
3. Pengurusan jenazah [ kematian]
4. Dunia perkahwinan.
5. Bidang ilmu pengetahuan.
Ini kerana 5 bidang ini sentiasa berterusan sehingga hari ini.
♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa
0 Ulasan