Saya memang obses dengan Shaklee selepas saya dapat bezakan taraf kesihatan saya yang berubah selepas mengamalkannya. Walaupun 1999 itu saya bergelar student Universiti tak bermakna saya tak boleh usahakan Shaklee.
Ramai kawan yang buat kerja part time macam kerja di restoren segera sebab Universiti Malaya berdekatan dengan beberapa mall seperti MidValley Megamall, area Bangsar, seksyen 17 Petaling Jaya kerana nak bantu tampung belanja di Universiti.
Bukan duit pinjaman pelajaran tak cukup tapi duit tambahan inilah yang membantu untuk teruskan hidup sementara nak tunggu duit pinjaman masuk.
So saya memilih Shaklee memandangkan ia masih baru dikalangan pelajar Universiti masa tu. Memang ada banyak bisnes dikalangan pelajar dan saya notis ramai orang yang amik kesempatan pada pelajar universiti dengan skim cepat kaya. Ramai juga kawan saya yang ' terkena' dengan skim itu.
Saya memilih untuk buat Shaklee kerana saya pegang tak de jalan mudah nak berjaya selain berusaha.
Nak berniaga memang nampak mudah...pertukaran barang dengan duit. Tapi Shaklee tak terhenti di situ sahaja.
Shaklee berkaitan dengan kesihatan. secara tak langsung mengajar saya mempelajari fungsi vitamin, punca penyakit dan cara konsult customer saya. Memang ada sindiran sinis rakan2 pelajar antaranya 'doktor tak bertauliah' tapi saya tak peduli sebab masa saya perlukan duit bukan mereka yang bantu saya tapi diri saya sendiri kena usaha bantu diri.
Fasa permulaan memang biasalah cabarannya sangat banyak. Syukurlah hati saya kental macam batu. Walaupun adakala memang tewas dan gugurnya airmata itu saya lakukan hanya depan tikar sejadah. Saya kuatkan semangat untuk berjaya kerana saya melihat uniknya Shaklee berbeza dengan MLM lain.
Upline saya ialah teman lelaki saya yang kini suami saya. Masa tu beliau dah kerja di Sarawak dan saya masih belajar. So saya usaha dapatkan ilmu tambahan dari kelas Shaklee di Wangsa Maju. Menapak la ke Shaklee opis dari stesen LRT Wangsa Maju redah ikut belakang rumah orang di situ. Walau adakala belajar benda yang sama tapi saya tetap enjoy kerana saya obses dengan kebaikan produk ini. Saya belajar untuk menghafal info produk, penyakit dan segala yang berkaitand dengan Shaklee.
Siapa sangka selepas 6 bulan berusaha gigih , saya dapat capai rank Supervisor dan capai income 4 angka. Upline jauh bukan alasan saya tak boleh berjaya. Saya pegang prinsip saya tak boleh bergantung pada orang lain untuk berjaya. Saya kena berdikari dan belajar sampai pandai. Sehingga hari ini saya masih belajar dan terus belajar kerana ilmu ni tiada limit. Lagi banyak belajar rupanya lagi banyak yang kena tahu.
Saya belajar dari pengalaman orang lain....bila mereka bergantung dengan upline biasanya mereka akan tersangkut dan mudah blame orang atas. Walhal yang nak berjaya adalah kita. Upline tu mentor...mereka yang tunjuk jalan. Takkan dah tunjuk jalan nak kena jalan pimpin tangan sampai bila2 kan? Mungkin sebab saya dah biasa hidup susah jadi saya nak buat Shaklee betul2 sebab nak ubah nasib saya.
Siapa sangka zaman belajar kat Universiti saya dah dapat pakai handphone Nokia 3210 dengan duit hasil Shaklee saya. Alhamdulillah dengan izin ALLAH ia banyak membantu hidup saya tanpa bergantung duit belanja bulan dari mak.
Alhamdulillah Shaklee kini menjadi pilihan kami disamping dapat mengajar dan mendidik anak sendiri di rumah. Walaupun kami banyak travel tapi syukur dengan pengambilan vitamin kami dah get use dengan life begini.
So jika anda ingin mencari part time dan ingin memilih Shaklee, jangan segan silu email kami seperti di bawah. Dalam mencari kesihatan yang optimum, mampu belajar dengan lebih fokus, dapat juga bantu ekonomi diri sendiri kan? Kurang2 boleh ringankan beban mak ayah.
Email : nnorita78@yahoo.com
♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa
0 Ulasan