Jangan putus asa dan Jangan sia-siakan.......

Bila anda mahu putus asa atas apa yang anda usahakan... apa kata renungkan apa yang telah anda korbankan untuk usaha ke arah kejayaan.

Shaklee Kenyalang


Jangan sia-siakan duit yang anda labur untuk bisnes anda jika ia perniagaan yang betul....

Jangan sia-siakan ilmu yang anda perolehi dari mentor anda....

Jangan sia-siakan masa yang anda luangkan untuk ke kursus ilmu bisnes anda.....

Jangan sia-siakan duit yang anda bayar untuk ke kursus ilmu bisnes anda.....

Jangan sia-siakan masa anak dan suami yang anda korbankan untuk ke kursus ilmu bisnes anda....dan 

PALING UTAMAJangan sia-siakan impian dan harapan suami dan anak-anak anda untuk melihat anda berjaya di puncak kejayaan.

Oleh kerana itu anda tak seharusnya putus asa.

Hanya kerana sedikit ujian dan cabaran buat anda putus asa?

Tahukah kalian mereka yang berjaya adalah mereka yang bangun setelah jatuh! Mereka yang berjaya adalah mereka yang bertahan di kala orang lain telah berlalu pergi! Mereka yang berjaya adalah mereka yang sabar dengan doa manakala orang lain sibuk menyalahkan takdir!

Mengapa tidak mahu menjadi orang yang berjaya dan berilmu?

Itu pentingnya solat, zikrullah dan ilmu bisnes kerana ianya tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

Solat dan zikrullah itu mengajar kita yakin rezeki datang dari ALLAH bukan dari makhluk. Solat dan zikrullah itu mengajar kita sabar dan yakin dengan doa.

Doa bukan untuk ditulis di facebook tetapi doa itu perlu terus pada ALLAH dikala kita berdua-duaan dengan ALLAH. Ramai orang percaya ALLAH itu wujud namun hanya segelintir yang yakin ALLAH itu wujud.

Untuk berjaya kena usaha dan letak keyakinan pada ALLAH.

Ujian dan cabaran itu datang hanya untuk menguji kesetiaan kita dan paling utama hendak mengetahui betapa kuat atau tidak diri kita pada impian yang kita tanamkan.

Maka oleh itu wahai sahabat ! Bangkitlah dari tidur dan lena yang panjang.

Tiada siapa yang dapat bantu diri kita kecuali diri kita sendiri.

Kalau dah tahu kita ada ramai anak, anak perlukan duit belanja untuk membesar, duit rumah sewa, duit roadtax kereta dan pelbagai tanggungan lagi...maka usahalah untuk memastikan semuanya mampu dibayar.

Usahakan dengan meletakkan kebergantungan pada ALLAH. Kalau berniaga, berniagalah dengan jujur dan berkat kerana ALLAH maha Melihat. Kalau bekerja bekerjalah dengan amanah kerana barakah duit itu terdapat dalam gaji yang kita terima.

Jangan mengharap pada manusia kerana pasti akan kecewa. Mintalah pada ALLAH dan letakkan usaha sepenuhnya nescaya kejayaan pasti menanti.

Selamat maju jaya dan jumpa di puncak kejayaan!


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan