Tiada langit yang sentiasa cerah ...itulah hakikatnya kehidupan. Jika hari ini kita dibawah, esok lusa kita di atas. Hidup ibarat roda. Sebab itu jangan sesekali sombong dan angkuh. Kerana apa yang ada hanya pinjaman semata-mata.
Ihsan Google |
Ujian yang ALLAH beri pada kita adalah untuk mendekatkan kita kepadaNya. Hakikatnya manusia itu makhluk yang mudah lupa.
Teguran ALLAH melalui ujian itu adalah sebagai satu tanda ALLAH sayangkan kita.
Untuk peniaga, jika rezeki berat amalkan amalan menjemput rezeki...solat Dhuha dan surah Al Waqiah jadikan amalan.
Untuk mereka yang sering runsing, amalkan mengaji setiap hari di awal pagi dan malam.
Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar.
Sering yakinkan diri...Allah ada. Jangan lupa. Apapun yang kita usahakan ALLAH melihat. Allah tahu niat kita.
Adakala apa yang kita hajatkan tak kesampaian kerana ALLAH nak beri yang lebih baik dari kita minta.
Adakala apa yang kita harapkan ALLAH beri lambat supaya kita tidak sombong dan bongkak kerana mudah dapat.
Adakala ALLAH beri kita apa yang kita hajatkan bermakna kita kuat untuk menerimanya.
Adakala ALLAH beri ujian kerana tahu kita mampu melaluinya.
Hakikatnya ALLAH suka kita berdoa. Allah suka kita memuji Dia.
Hanya kita yang sering lupa.
Ingat ! Allah sentiasa ada. Apa pun yang kita usahakan insyaALLAH akan dapat...cepat atau lambat jangan pertikai. Pertikaikan diri sendiri atas usaha yang kita curahkan.
Adakala apa yang kita lihat dari mata kasar itu bukanlah seindah yang disangka. Dunia ini hanya sementara...akhirat yang kekal abadi.
Teruskan perjuangan kita. Bangkitlah dari lena yang panjang.......
Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa
0 Ulasan