Benarkah apa yang kita ada hari ini kebanyakkannya adalah bukan pilihan kita tetapi keadaan yang memaksa untuk kita terpaksa memilih ?
Adakah kereta yang kita pakai sekarang merupakan kereta pilihan atau terpaksa memilih atas dasar kekangan kewangan? |
Sebagai contoh :
1. Si A adalah penjawat awam @ kakitangan kerajaan dan bekerja sebagai kerani. Dengan gaji yang kecil beliau hanya mampu membeli sebuah kereta kecil yang bayaran bulanannya mungkin tak lebih RM500 sebulan.
2. Si B adalah penjawat awam yang bergred tinggi. Beliau mampu memiliki sebuah kereta tahap sederhana mewah dengan bayaran bulanan RM1000 sebulan.
Ini merupakan senario biasa dalam dunia makan gaji.
Namun seseorang telah membuka mata dan minda saya apabila saya sendiri melihat cara hidupnya yang berbeza.
Kakak Shim [ bukan nama sebenar] hanyalah seorang kerani. Namun kerana mempunyai impian yang besar, beliau gagahkan mengusahakan perniagaan sampingan. Beliau memang seorang yang sangat rajin. Sepanjang perkenalan saya dengan dia, semangat untuk berjaya membuatkan saya benar-benar kagum dan menjadikan beliau salah seorang idola saya sebelum ini.
Beliau mampu memakai kereta hebat dan beliau mampu miliki apa yang kebanyakan orang bergred tinggi beroleh.
Hakikatnya semua orang boleh berjaya. Sama ada mahu berusaha mengubah nasib diri atau hanya duduk mengharapkan belas ikhsan orang lain.
Pilihan ditangan kita.
Adakala punca utama adalah dalam diri kerana tidak yakin namun perasaan ini datang banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah
1. Sikap sendiri yang malas membaca.
2. Faktor sekeliling - siapa disekeliling kita? Adakah mereka yang rajin membaca atau rajin bergosip.
3. Banyak bertanya dari banyak membaca. bila ini berlaku hasil jawapan adakala bukanlah seperti yang sepatutnya tetapi banyak dipengaruhi oleh pengalaman orang yang ditanya.
4. Tiada impian. Ini antara punca utama mengapa ramai kita yang hanya berada di takuk yang sama dari tahun ke tahun.
5. Jauh dengan pencipta. Bila kita tidak solat, mengaji dan berzikir semangat kita tiada. Maka kita akan cepat mengalah.
Maka hakiktanya semua ditangan kita.
Walau mungkin belajar tak tinggi mana tapi tak bermakna kita tak boleh berjaya sampai bila2.
InsyaALLAH akan saya kongsikan satu kisah benar tentang sahabat saya kak Su yang dulunya hanya surirumah dan kini dah berjaya dalam bisnes yang diceburinya.
InsyaALLAH akan bersambung dalam next entry......
Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa
0 Ulasan