Vitamin buat susu saya terus tak keluar !

Set penyusuan yang paling popular adalah set 3M atau nama penuhnya Making More Milk. Namun perlu diingat, pengambilan supplement semata-mata tidak sama sekali membantu pengeluaran susu melimpah-limpah jika si ibu itu tidak menyusukan dengan sepenuhnya atau mengepam secara konsisten.


Set 3M Shaklee Miri

Dah lama saya tak menulis kisah penyusuan memandangkan Addin dan Nasa pun dah semakin membesar. Tapi memang saya bangga melihat ibu-ibu muda yang berusaha gigih menyusukan anak kecil mereka.

Saya sendiri dulu belajar dari pengalaman dan buku. Perlahan-lahan saya kongsikan dengan kawan-kawan dan dari situ bermula set penyusuan Shaklee yang saya mulakan di kumpulan forum susuibu.com. Kenalan siber dan rakan bisnes saya hari ini juga ramai dari forum ini.


Set susuibu Shaklee

Balik kepada cerita penyusuan susuibu, si ibu kena faham konsep

1. Lebih kerap menyusukan bayi [ atau mengepam] maka lebih banyak susuibu akan dihasilkan.

2. Hormon prolaktin dan oksitosin sangat berkait rapat dengan penghasilan susuibu.

3. Ibu perlu menjaga pemakanan seimbang dan pengambilan air secukupnya sangat-sangat penting.

4. Penyusuan susuibu bukan bercerita hanya pada susuibu semata-mata tetapi juga 'bonding' antara ibu dan anak.


Berbalik kepada supplement Shaklee Set Penyusuan 3M, apakah ia membantu menjayakan penyusuan susuibu?

Personally supplement ini adalah ibarat baja pada si ibu. Pemakanan hari ini yang menjurus kepada makanan segera tidak banyak membekalkan vitamin yang diperlukan oleh badan kecuali transfat yang banyak dan memudaratkan kemudian hari.
Pengambilan supplement adalah lebih kepada si ibu supaya bertenaga, sihat, emosi yang lebih stabil, tidak terlalu keletihan terutama yang bekerjaya.
Maka apabila si ibu membuat keputusan untuk menyusukan anaknya dan mengambil supplement, si ibu perlu pastikan

1. jadual pam yang konsisten supaya susuibu terus dapat dihasilkan

2. pengambilan air adalah sangat-sangat penting demi memastikan penghasilan susuibu lebih lancar.

Dalam set penyusuan Shaklee 3M mengandungi

ESP - untuk membina sel
Vitalea - multivitamin yang lengkap dengan formula zat besi
B com - membantu ibu lebih bertenaga, mood yang stabil dan ceria.
Vitamin C - meningkatkan antibodi tubuh memandangkan vitamin C adalah vitamin larut air dan mudah msunah maka penting untuk diganti.
Ostematrix - demi memastikan si ibu tidak terlalu keletihan walau bekerjaya.
Alfalfa - membantu mempercepatkan penghasilan susuibu.

PLEASE ALERT :
Alfalfa adalah dalam kategori herba. Ia tidak boleh diambil oleh pesakit SLE. Ibu yang melahirkan juga disarankan mengambilnya selepas 14 hari melahirkan. Walau ada ibu yang mengambilnya sejurus selepas melahirkan namun risau sekiranya si kecil mendapat jaundis maka lebih baik diambil selepas 2 minggu melahirkan.

Alfalfa ini mengandungi vitamin K. Ia berfungsi memekatkan darah. Maka pengambilan yang banyak sekaligus sangat tidak digalakkan sama sekali. Memang ibu akan dapati susuibu lebih pekat dengan pengambilan alfalfa tetapi kemungkinan juga susu akan terus tidak keluar sebab pengambilan air tidak mencukupi. So jangan lupa refer pengedar untuk konsultasi lebih lanjut.


Namun ingat, vitamin ini hanya pemangkin, rezeki dari Allah jua. Alhamdulillah dengan izin ALLAH jua Addin dan Nasa dapat menyusu susuibu melebihi 2 tahun setiap mereka.
Supplement ini part of usaha ya. Letakkan kebergantungan pada ALLAH jua.

Selamat menyusu !

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan