Semua orang impikan kekayaan. Malah ibu bapa dari golongan sederhana pastinya mempunyai impian untuk melihat anaknya kaya. Tanpa disedari adakala ibu bapa terlupa, adakah anak yang berjaya tadi mengutamakan ALLAH dalam urusan mengejar kekayaan tadi.
Ada 3 perkara yang tidak memutuskan hubungan anak adam dengan dunia ialah
1. Sedekah jariah,
2. Ilmu yang dimanfaatkan dan
3. Doa anak yang soleh.
Harta yang paling hebat adalah mempunyai anak yang soleh.
Bila pulang dari Umrah baru-baru ini, saya berpeluang bertemu dengan kenalan kami di Mekah yang mempunyai anak seumur dengan anak saya. Namun sesuatu yang saya kagum, anaknya mampu membaca doa-doa yang jarang dihafal oleh kita sendiri disamping menyampaikan qasidah selawat nabi yang sangat lunak.
Waktu itu saya rasakan betapa bertuahnya kenalan kami kerana dikurniakan anak yang hebat sedemikian.
Namun segalanya bermula bagaimana kita mencorakkan anak kita. Adakah ke dalam bentuk duniawi atau ukhrawi atau seimbang antara kedua-duanya.
"Ya ALLAH jadikan kami dan keturunan kami hambaMu yang mendirikan solat. Jadikan keturunan kami harta yang boleh membawa kami ke syurgaMu . Andai ada kebaikan yang kami lakukan mampu mendapat rahmat dan redhaMu ke syurgaMu maka tempatkanlah kedua ibu bapa kami sebagai gantiannya. Amin."
Saya rindu arwah abah saya....dialah guru terhebat saya. Semoga ALLAH menempatkan beliau dalam syurgaNya.

0 Ulasan