Shaklee Dubai Umrah 2013 Day 2

Dubai juga terkenal dengan bandar EMAS. Ditambah harga emas jatuh!


Hari kedua kami mula berkumpul seawal jam 9 pagi di lobby hotel menaiki bas memulakan lawatan. Kami dibawa melawat kawasan luar istana dan menariknya disekitar luar kawasan istana  kita boleh lihat banyak burung merak.

Shaklee Norita

Kami teruskan perjalanan ke Dubai Souq dan Gld Souq.

Anakkuwiraku Shaklee
Dubai Souq

Dikatakan harganya melebihi 3 Juta UAE kalau saya tak silap ....memang besar dan pastinya sangat berat!
Shaklee Dubai Souq

Tengok betapa banyaknya emas ......kedai emas memang banyak!

Seterusnya kami makan tenghari di hotel Medinat Jumeirah.


Dan kawasan lobby hotel yang sangat cantik.



Selepas sesi bergambar di lobby, kami pulang rehat di hotel untuk solat dan menyegarkan diri. Petang aktiviti bersambung dengan sesuatu yang sangat menyeronokkan iaitu ' Desert Safari'.
Dalam jam 4.15 petang, ada 4 buah 4X4 menanti kami di perkarangan luar hotel. Kami dibahagikan kepada 4 buah 4X4 tadi untuk meneruskan aktiviti yang lebih lasak.

Shaklee Desert Safari

Kereta yang sangat selesa dan sesuai untuk aktiviti lasak di padang pasir.

Shaklee Desert Safari

Gambar ini diambil semasa kami berhenti seketika dan minta driver buat demo. Seronok macam naik roller coster.

Shaklee Norita
Berehat sebentar sebelum menuju ke perhentian terakhir untuk makan malam.


Makan malam di padang pasir....



Norita Shaklee

Shaklee Dubai Umrah


Selepas makan malam yang lengkap dengan persembahan tarian, kami pun pulang ke hotel untuk istirehat.

Nantikan aktiviti hari 3 di Dubai dalam next entry.....



Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
Best nya kak n.seronok tgk gambar2 kak n dapat pg dubai....