Sakit - mendekatkan kita dengan AL Khaliq.

Pernah anda merasa sakitnya sembelit? Demam yang berterusan malah batuk berlanjutan? Walau dah jumpa perbagai doktor tapi sakit belum menampakkan tanda akan reda.

Percaya tak sebenarnya sakit untuk adalah jemputan ALLAH untuk menemui hambaNYA tanpa kita sedari.

Adakala bila terlalu sibuk, kita lupa dan lalai. Mana letaknya solat, zikrullah dan waktu mengaji ditambah dikejar dengan urusan dunia yang tak pernah habis.

Ramai yang bila pulang kerja lewat dan akhirnya lena tanpa solat isyak. Tidak kurang yang solat tetapi hati dan jiwa ditempat lain.....sebenarnya secara perlahan-lahan amalan ini mengundang penyakit.

Demam, batuk malah apa juga sakit yang datang adalah akibat sebenarnya satu kifarah atas dosa-dosa kecil tanpa kita sedari.

Perasan tak bila kita sakit, lagi banyak doktor yang kita jumpa adakala penyakit tu makin teruk. Sebab penyakit itu bukan datang dari manusia. Penyakit itu datang dari ALLAH. Maka kepada ALLAH ia perlu kembali. Kepada ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali. Bila dikala sakit kita merayu-rayu mohon ALLAH sembuhkan. Alangkah bagus dikala sihat kita merayu supaya kita diberikan kesihatan yang baik dengan umur yang barakah.

Namun dalam pada itu tetap perlu ada usaha merawat mahupun mencegah.

Doa itu perlu diseimbangkan dengan usaha.

Dalam kita amalkan penawar, kena ada usaha mendekatkan diri dengan ALLAH. Allah suka pada hambaNya yang meminta pada NYA.

Moga kita sentiasa beringat....5 perkara sebelum tiba 5 perkara.

Selamat berhujung minggu.

Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China & Taiwan.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : anakwirabiz[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan