Cara mudah nak banyakkan susuibu?

Saya nak banyakkan susuibu dengan cepat! 

Inilah antara harapan ibu yang mengalami susu yang makin  berkurang.



Semenjak kebelakangan ini ramai ibu baru [ kenalan internet] yang menghantar email berkongsi pengalaman penyusuan susuibu mereka disamping mengharapkan set 3M membantu mereka mencapai apa yang dihajati.

Namun ada sesuatu tanpa si ibu sedari...punca utama susu mereka merundum adalah disebabkan oleh sikap ibu yang tidak memberi tumpuan penuh dalam jadual perahan susu seharian mereka dipejabat.
Memang ramai yang memberi alasan mereka terlalu sibuk di pejabat namun saya mempunyai beberapa kenalan malah anak didik biz yang sangat sibuk ditempat kerja malah ada antara mereka adalah peguam yang berjam-jam duduk dalam mahkamah bersidang sehingga tidak mampu untuk mengikut jadual perahan yang mereka tetapkan seharian.

Apa yang mereka ini lakukan untuk memastikan susuibu mereka sentiasa meningkat? Apakah inisiatif yang mereka ambil demi memastikan penghasilan susuibu seharian mereka sentiasa melebihi apa yang diperlukan oleh bayi mereka?

Pernahkah anda mendengar perkataan POWER PUMPING?

Power pumping adalah perahan intensif selama satu jam. Waktu yang paling sesuai adalah antara tengah malam sehingga awal pagi [ sebelum subuh] dan adalah sangat bagus si ibu dapat lakukan perahan intensif ini semasa bayi tidur.

Bagaimana nak lakukan power pumping ini?

Selama satu jam khusus ini si ibu perlulah membuat perahan selama 10 minit dan berhenti selama 10 minit.
Single pump : Boleh mulakan dengan memerah susu dari payudara sebelah kanan selama 10 minit dan diikuti 10 minit memerah susu dari payudara kiri. Teknik ini diulangi selama satu jam. Maka sebelah payudara akan mendapat 3 pusingan perahan selama satu jam.

Double pump : Jika ibu mempunyai pam jenis ini, si ibu boleh memerah kedua2 susuibu secara serentak selama 10 minit dan berehat selama 10 minit. Teknik ini diulang selama beberapa kali dalam sejam yang diperuntukkan tadi. Maka kedua2 payudara akan tetap mendapat 3 pusingan.

Hasil perahan.

Hasil perahan 3 sesi ini boleh dicampurkan di dalam satu bekas simpanan apabila ke semuanya mempunyai suhu yang sama. Bagaimana nak pastikan suhu yang sama? Susu tersebut perlulah disejukkan dalam peti sejuk bahagian bawah dahulu [ chill] selama satu jam untuk memastikan ia bersuhu sama dan sekata. Kemudian barulah dicampurkan ke semuanya di dalam satu bekas.

Hasil perahan setiap ibu adalah tidak sama. Namun apa yang boleh dilakukan ialah si ibu perlulah melakukan perahan intensif ini selama satu minggu berterusan untuk dapatkan hasil yang optimum.

Pengaliran susu lambat

Memang ada segelintir ibu yang mempunyai masalah ini. Pengaliran susu lambat dan hasil perahan tak memberansangkan. Adakala ia disebabkan oleh beberapa faktor antaranya :
Pemakanan seimbang
Pengambilan air yang tidak mencukupi
Perasaan ibu yang tidak tenang
Kesihatan ibu yang terganggu
Si ibu terlalu keletihan.

Apa yang boleh saya sarankan, sekiranya si ibu dah amalkan 7 hari perahan intensif ini secara berturutan tetapi hasilnya masih ditahap yang sama, si ibu boleh menambah dengan amalan set supplement iaitu set 3M. Namun perlu bimbingan yang betul cara pengambilan setiap vitamin untuk dapatkan kesan yang optimum

Untuk mengetahui set penyusuan yang sesuai untuk anda, boleh teruskan BACAAN DI SINI.


Moga tips ini membantu ibu2 yang mempunyai masalah pam ditempat kerja. Teruskan usaha mengepam kerana hasilnya bukan hanya untuk anak membesar dengan sihat tetapi memberi manfaat kepada kesihatan si ibu pada hari mendatang dengan mempunyai tubuh yang sihat dan penyusuan susuibu membantu mencegah penyakit kanser, insyaALLAH.




Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : anakwirabiz[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan