Perlukah saya tanya doktor sebelum beli supplement?

Seorang yang ingin mencuba vitamin Shaklee bertanya dengan saya, " Selamat ke vitamin ni?".

Saya dengan senyum menjawab, " Puan boleh bertanya dengan beberapa orang doktor sebelum nak consume, malah untuk pengetahuan puan beberapa doktor sendiri membuat belian vitamin ini dari saya."

Memang tidak dinafikan bagi mereka yang jarang dan kurang membaca, kita perlu bertanya dengan mereka yang lebih arif. Namun sesuatu yang golongan kita tidak sedari, doktor adalah mereka yang pakar dalam bidang perubatan dan perawatan. Mereka bukanlah pakar dalam bidang pencegahan. Pakar nutrisi adalah mereka yang khusus kepada pencegahan dan pastinya prinsip mereka adalah mencegah lebih baik dari merawat.

Selama 14 tahun saya dalam dunia supplement, pelbagai karenah pernah saya temui. Tidak dinafikan ada doktor yang pro kepada vitamin malah sebaliknya. Jika doktor tersebut merasakan vitamin itu penting untuk dirinya, pasti doktor tersebut akan menyarankan pengambilan vitamin demi menjaga kesihatan sebelum datangnya penyakit.

Saya masih refer doktor untuk sebarang simpton yang saya dapat, kemudian saya akan rawat diri saya dengan dunia vitamin saya. Alhamdulillah saya berjaya bertahan 14 tahun jika sakit kepala tanpa sebarang ubat mahupun panadol.

Maka balik kepada diri kita untuk menilai dengan seimbang dan rasional.

Kehidupan hari ini yang terkejar-kejar, makan pun kekadang tidak menentu ditambah dengan masalah-masalah peribadi yang lain selain dari keadaan pencemaran harian, kita sangat memerlukan makanan tambahan. Malah baru-baru ini saya ke rumah seorang customer saya yang hanya seorang surirumah, beliau sendiri mengeluarkan kenyataan, " Dunia hari ini, surirumah pun perlukan vitamin. Kalau tidak nampak letih, tua dari umur dan tertekan apabila terlalu keletihan".

Jika anda merasa was2 untuk mendapatkan makanan tambahan, apa yang boleh saya sarankan ialah

1. Dapatkan beberapa opinion doktor [ tidak boleh seorang sebab pendapatnya mungkin menjurus kepada pendapatnya semata-mata]

2. Pastikan produk mempunyai kelulusan KKM terutama yang di kategorikan dalam vitamin.

3. Rekod syarikat yang baik dan disertakan ujian klinikal yang dilakukan ke atas produk.

4. Bersandarkan testimoni2 pelanggan yang tiada kepentingan.




Alhamdulillah, salah seorang dari pelanggan Euphoria GBS sendiri memberikan maklumbalas yang sangat menarik untuk dikongsikan :



Apapun sebenarnya balik kepada diri kita sendiri. Adakala kesedaran itu akan datang dari ilham Tuhan, adakala ia datang apabila kita ditimpa sakit dan adakala kesedaran itu datang apabila kita insaf melihat penyakit yang dideritai oleh orang lain. Wallahu alam.


Tips ringkas bagaimana cara nak pilih supplement?

Pastikan ia

1. Selamat dan punya kelulusan KKM

2. Ianya asli, bukan sintetik. Ia tidak melekit apabila dipegang lama dan tiada silika gel.






* Promo ESP masih berlangsung sehingga hujung bulan ini! So don't miss out !


Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan