Saya bukan seorang doktor.....

Mungkin sudah tersurat hati saya ni kuat semangat...masih ingat masa mengandung Nasa dulu seorang budak tahun satu datang kepada saya dengan jari telunjuknya terputus.

" Cikgu, jari saya putus." Tegur seorang murid kepada saya. Saya mendongakkan kepala saya melihat wajah murid itu dan terus bertanya..." Bagaimana jari kamu putus dan dimana yang putus itu?"

Wajah murid itu masih tenang tanpa tangisan.." Kawan saya main pintu kelas dan sepit jari saya. So yang putus tu ada di pintu."
Tanpa membuang masa saya meminta seorang guru lelaki mengambil baki jarinya yang terputus sementara saya meminta kerani mengeluarkan surat untuk membawa pelajar tersebut ke hospital.

Kini cerita itu masih segar dalam ingatan saya.... mungkin sebab hati yang cekal inilah saya terpilih menjadi guru PBSM sekolah saya.

Namun sekarang bila sepenuhnya masa saya adalah untuk biz kesihatan saya...Allah temukan saya dengan pelbagai jenis pesakit. Bukan sekadar yang nyata malah sms pesakit tentang sakit yang dilalui juga penuh saya simpan.

Saya memilih untuk menjadi profesional maka gambar2 dan penama saya simpan sebagai hal yang peribadi dan bukan tatapan umum. Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana pelanggan saya memberi kepercayaan kepada saya untuk menceritakan penyakit mereka walaupun pada sesetengah orang ia mungkin mengaibkan.
Namun saya selalu berkongsi dengan pelanggan saya @ pesakit saya...penyakit ini datangnya dari ALLAH jua. Kepada ALLAH ia kembali.

Vitamin atau ubat sekadar penyedap mata dalam usaha nak baik. Namun hakikatnya ubat rohani juga perlu dan penting. Dalam usaha untuk fizikal, rohani perlu makanannya juga. Solat 5 waktu sebagai tunjang manakala amalan2 sunat itu yang membantu mempercepatkan usaha mearawat diri kita.

Semalam bila lihat gambar kanak2 yang dijangkiti kayap buat saya insaf dan sayu....YA ALLAH BERIKAN MEREKA KESEMBUHAN. Amiin.

Inilah doa saya setiap hari untuk pesakit2 saya....walau saya bukan seorang doktor, namun saya cuba usaha membantu dari segi konsultasi penuh bagi semua pelanggan saya.

Bagi yang sihat, jagalah kesihatan...sebab sebenarnya penyakit itu tidaklah datang bagai ribut cuma ia bersembunyi di dalam terang. Penyakit ni ambil masa nak keluar....maka sama juga ia ambil masa nak baik. Paling penting sabar dan banyak berdoa.

"Ya Allah berikan kesembuhan kepada mereka yang sakit. Berikan barakah atas duit yang dibelanjakan untuk mereka sihat. Selamatkan kami dari azabMu. Amin."


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan