Kejayaan cepat atau lambat, apa ukurannya?


Kerap kali saya menerima pertanyaan dari cucu, cicit, piot, miot, etc bagaimana nak berjaya dlm Shaklee dgn cepat. Apa rahsia atau amalan business yg perlu dibuat.

Sebenarnya ukuran berjaya atau istilah "kejayaan" itu banyak pengertiannya - bergantung kepada sudut pandang individu yg "berlayar ke arah kejayaan itu sendiri". Ada yg mengukur kejayaan apabila dia mampu memiliki rumah mewah. Ada yg megukur kejayaan bila dia mampu memiliki sebuah kereta mewah. Ada juga berpuas hati apabila mampu membawa keluarga mengelilingi dunia. Jadi sebelum kita ingin mengejar sesuatu "Kejayaan", adalah lebih baik kita "define" apakah "Kejayaan" bagi diri kita. Hanya selepas kita dapat terjemahkan "Kejayaan" utk diri kita, baru kita dapat buat ukurannya nanti (measurement of success).  Dalam contoh mudah, Individu A kata dia sudah berjaya kerana dia memiliki sebuah Brabus. Tetapi pada Individu B (hanya ada Perdana) ia tidak sehebat dirinya yg sudah mampu memilki sebuah bungalow mewah. Individu C pula melihat dirinya berjaya kerana dapat bersama-sama pasangannya membina kehidupan ekonomi yg kukuh.

Satu cerita yg dikongsi oleh seorang teman. Ianya berkaitan pengajian Asasi Sains (pengajian selepas SPM); sama ada yg 2 tahun atau Express 1 tahun. Yg mana satu pilihan. Soalan diajukan kpd guru mereka. Jawapan dr guru mereka merujuk kpd analogi pelayaran. Kedua-duanya menuju destinasi yg sama, iaitu persediaan ke alam Fakulti di universiti.

Katanya pelajar yang menjalani Asasi selama 2 tahun adalah ibarat mereka yang menaiki kapal layar. Pelayaran mungkin lambat (mengambil masa), namun orang-orang yang belayar ini mempunyai masa dan ketenangan melihat alam sambil berseronok (walaupun sibuk belajar, ada kesempatan utk mengikuti aktiviti universiti dan bermasyarakat). Ia bergantung kpd hukum alam (angin dan arus) yg membawanya.


Bagi mereka yang express pula ibarat orang yang naik Speedboat. Kerana laju, maka tidak berkesempatan utk menikmati permandangan sekitar (kerana semester pengajian yg singkat, peluang utk beraktiviti dan bermasyarakat menjadi terhad). Walaupun seronok, tetapi kelajuannya membuatkan bot melambung-lambung akibat gelora dan bergegar kesemua sudut (walaupun di air tenang). Bergantung kpd kekuatan dan daya tahan enjin.


Kedua-dua approach jauh berbeza tetapi 1 faktor yg sama bagi keduanya adalah "Persistent". Ia adalah Layar bagi Kapal Layar atau pun Enjin bagi speedboat. Berapa lama ia mampu bertahan. Seperti juga individu yg menaiki kapal layar atau speedboat. Setakat mana dia mampu BERSABAR dgn cabaran "Masa" atau "Gelora".

Sama ada secara Kapal Layar atau Speedboat, faktor kejayaan adalah "Persistant". Pilihan di tangan anda kerana sebagai seorang wanita bekerjaya/ suri rumah, mana-mana approach yg anda pilih bergantung kepada "value" yg anda letakkan kpd suami, anak-anak dan keluarga anda. Kerana mereka adalah penumpang Kapal Layar atau Speedboat anda.

Golongan yang pertama: mereka yang berusaha ibarat naik Kapal Layar. Dalam menuju destinasi, mereka yang naik kapal layar boleh belayar dgn jiwa yang tenang, ada masa menikmati makanan atau berkasih sayang dengan sempurna. Tapi perlu semangat yang kuat serta kesabaran yang tinggi dengan masa yang diambil untuk sampai ke tempat yang di tuju. Namun mereka akan sampai ke destinasi dengan tenang dan menyeronokkan.

Golongan yang kedua : mereka yang berusaha ibarat naik Speedboat. Mereka ini mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk mengharungi cabaran dalam bot yang laju itu. Mereka ini perlukan kekuatan dan semangat yang tinggi untuk terus bertahan menuju destinasi dengan bot yang turun naik dek gelombang air kuat. Mereka yang dalam bot ini tidak berkesempatan nak menikmati makanan dengan tenang dalam perjalanan seperti orang yang naik kapal layar. Mereka tak punya masa nak berbual dengan jiwa yang tenang dek keadaan yang turun naik.

Sampai tetap sampai. Tetapi bagaimana "Measurement of Success" nya nanti? Memiliki Brabus? Atau berjaya memiliki bungalow atau seterusnya. Ukur sendiri tanpa perlu membandingkan dgn org lain. Sambil kita meraikan "Measurement of Success" yg dicapai, jangan lupa utk menjengok apa yg berlaku kpd penumpang Kapal Layar atau Speedboat kita tadi. Elokkah atau ada yg tercicir. Kerana masa "pelayaran" yg berlalu walaupun sesaat tak akan dapat kita ulang semula.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan