Anak zaman maju.....

  Bila dah ada anak, baru kita tahu betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya. Waktu ini saya masih teringat bagaimana mak memaksa kami adik beradik makan sayur masa kecil dulu....hehehe. Mak kata, nak cantik kena makan sayur. Mak selalu bagi contoh kartun popeye....nak kuat juga kena makan sayur. Zaman dulu tak macam zaman sekarang. Dulu kalau mak cakap A, A la yang diterima tanpa soal balik. Zaman sekarang lain, bila diberi A, akan ditanya kenapa A dan bukan B.

Bila dah bergelar ibu pada dua putera ni, baru tahu susah senang nak besarkan anak. Diambah lagi zaman dah berubah dan dunia dah maju. Anak-anak makin membesar dan semua keperluan perlu dipenuhi. Namun seronok juga mempunyai dua anak lelaki ni....mereka ibarat kawan baik bila si abah tiada di sisi. Mereka membesar macam ibu juga, tak suka sayur. Kalau si abang, mahu juga mendengar cakap mungkin sebab dah bersekolah maka penerimaan apa yang diajar nampak lebih mudah. Namun bagi si adik sangat berbeza. Kalau boleh, jangankan sayur, daun bawang pun tak boleh kelihatan atas lauk pauknya.

Maka waktu ni teringat kata mak, jadi ibu kena kreatif. Selain penyediaan supplement bagi menutupi ruang-ruang kosong yang disebabkan kekangan  pengambilan sayur-sayuran, maka ibu dan abah menjadikan satu keperluan kami membeli buah setiap hari. Untung kedai buah dekat bulatan GK, boleh kata muka kami antara pelanggan tetap beliau. Kami membeli sekurang-kurangnya 2 keping potongan buah setiap seorang sehari. Ini memastikan mereka mendapat khasiat vitamin C dan fiber secara langsung dari pengambilan diet harian. Pemakanan pula, ibu lebih suka ikut selera mereka. Supaya mereka makan dengan penuh keseronokkan dan menikmati makanan dengan sebaiknya.

Supplement tetap perlu......Supplement yang mereka ambil tidak banyak, paling penting protien soya @ ESP, Performance Drink, Omega, Meal Shake dan si abang dah mula makan vitamin E agar masalah eczemanya tidak berlarutan. Si adik pula dah pandai, jika bangun telah malam akan meminta air aiskrim...iaitu ESP dibancuh bersama Performance Drink. Memang sedap....selain menghilangkan rasa dahaga, ia juga membantu mengurangkan rasa penghidratan badan terutama bila cuaca panas. Namun menjadi amalan, sebelum tidur ibu akan bancuhkan 1 bekas tupperware 500ml untuk diminum oleh si abang dan si adik.


Si abang dah ke sekolah hari ni dan ibu perlu siapkan pesanan beberapa kenalan terdekat hari ini. Hari ni juga ibu perlu uruskan beberapa keperluan si abang dan si adik sementara abah masih di darat. Semoga ALLAH memberikan kemudahan atas apa yang dirancang.

Bagi yang baru mengenali perkataan ESP....ESP adalah Energizing Soya Protien dan ianya dalam bentuk serbuk. Tawaran menarik bulan ini, pembelian 2 ESP mendapat PERCUMA postage. Boleh email atau sms saya untuk mengetahui harga menarik sempena Julai :)


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan