Trip ke Brunei


 Semalam kami sekeluarga berjalan ke Brunei dan ia memang telah dirancang 2 minggu lepas kerana abah dan ibu teringin nak bawa Addin dan Nasa ke Jerudong Park. Bertolak jam 11.30 pagi selepas breakfast kami teruskan perjalanan ke Brunei.

Alhamdulillah perjalanan lancar dengan cuaca yang sederhana panasnya. Kami mencari tempat penginapan yang berdekatan dengan Jerudong Park....iaitu Holiday Lodge. Memandangkan sekarang ada promosi, maka bilik Deluxe hanya BD120 sahaja berbanding harga biasa iaitu BD180. Biliknya sangat selesa dan mempunyai 2 twin bed. So tak perlu tambah extra bed seperti biasa yang ibu lakukan bila bermalam di hotel.


Alhamdulillah Allah mengizinkan ibu bertemu dengan Nabilah....dan bersembang sekejap di lobby hotel. Baby Nabilah Furqan sangat comel dan sihat berkat minum susuibu. Mudah2an usaha Bilah nak beri susuibu pada Furqan akan lengkap sehingga 2 tahun.

Selepas pertemuan singkat itu kami terus ke Jerudong Park. Rupa-rupanya taman kanak2 ini buka jam 5 petang maka kami cuma membeli tiket dan berjalan-jalan menghabiskan masa sebelum jam 5 petang sambil menunggu tempat permainan buka.

Sungguh gembira bila Addin berpeluang bermain scooter selama lebih 3 kali manakala Nasa bermain mainan Caterpillar lebih dari 3 kali....Mereka sangat gembira selama berada dalam teman Jerudong Park. Ditambah pula pada waktu siang tak ramai keluarga yang membawa anak...berbanding waktu malam.













Selepas penat berjalan, kami terus ke restoran KTM untuk makan malam...dan atas saranan Ness, kami ke restoran KTM. Alhamdulillah kami terus duduk di meja yang masih kosong...walaupun kedai makan KTM ini besar namun siapa sangka ia penuh untuk makan malam. Ramai tetamu yang datang selepas kami tidak dapat masuk dan makan di sini memandangkan memang penuh dan padat dengan umat manusia yang menunggu hidangan makan malam. KTM ini berdekatan juga dengan Jerudong Park dan mudah untuk ke sini memandangkan lokasi yang strategik.
Makanannya sangat sedap dan harganya sangat berbaloi. Kami makan ketam bercili, ikan mangga, sup sirip ikan Yu, sayur campur dan beberapa jenis minuman buah-buahan. Jika kalian singgah ke Jerudong Park jangan lupa singgah di restoran ini.




Hari ini kami pulang ke Miri selepas makan sarapan pagi di restoran Amanah Harith yang juga berdekatan dengan hotel kami menginap. Memang ramai orang makan di sini. Buffet lunch juga disediakan dengan harga hanya BD7 untuk seorang dewasa manakala BD4.50 untuk kanak2 berumur 4 hingga 9 tahun. Sungguh murah kan? Namun kami hanya makan roti canai kerana melihatkan ramai yang makan di dalam restoran akan memesan roti canai membuatkan ibu ingin merasakan sendiri keenakan roti canainya. Mungkin nampak biasa pada sesetengah orang namun bagi ibu ia sangat sedap kerana roti canainya tidak berminyak dan lembut. Sebelum pulang, ibu memesan beberapa makanan untuk dibawa balik ke Miri memandangkan ibu cuti untuk masak tengahari :)

Bagi yang ingin berjalan ke Brunei...jangan risau tentang makanan....insyaALLAH banyak pilihan dan sangat berbaloi dengan harga yang dibayar. Ini adalah trip kedua ibu ke Brunei tahun ini. May be next trip ibu nak bawa Addin dan Nasa menunggang kuda di Jerudong Park dan ibu perlu kumpul duit untuk memastikan semua kami gembira bila ke sana.

Anyway thanks to Ness dan Bilah untuk semua nasihat dan panduan yang diberikan sepanjang perjalanan kami ke Brunei :)






 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan