Mengadulah dengan Al Khaliq

 Orang yang berjaya selalu berpesan...untuk berjaya dalam apa jua bidang, minda perlu positif. Memang inilah antara nasihat yang selalu diberikan. Ianya mudah tetapi sangat kompleks untuk diterangkan. Minda perlu positif...apa sebenarnya yang perlu kita fahami dengan ayat ini?

Positif membawa maksud yang baik. Jika ia melibatkan perbuatan maka ia lebih kepada perilaku yang baik. Jika ia melibatkan pemikiran..ia bermaksud fikiran kena ke arah yang baik. Fikiran yang baik datang dari jiwa yang tenang. Jiwa sebenarnya banyak mempengaruhi apa yang kita lakukan sehingga hari ini.


Untuk dapatkan jiwa yang tenang, makanan rohani perlu diberikan ....sebab itu kita perlukan agama. Saya yakin bahawa setiap agama mengajar ke arah kebaikan. Maka pendekatan ini yang kita perlukan.Jiwa yang tenang memandu akal dengan lebih baik. Biasa dengar ikut nafsu lesu, ikut hati mati. Hakikatnya memang benar.

Untuk memulakan sesuatu bidang, persediaan mental sangat penting dan ia akan memandu kita ke arah yang sepatutnya. Berbeza dengan mereka yang kurang persediaan maka jiwa akan mudah tersentak dan akhirnya memberontak apabila yang diimpikan dan dihajatkan tidak kesampaian.

Saya beri contoh dalam penyusuan....persediaan asas perlu bermula dengan niat. Seterusnya diikuti dengan matlamat. Persediaan perlu seimbang dari segi fizikal dan rohani. Persediaan fizikal memang kerapkali ditekankan namun persediaan mental yang jarang sekali dibincangkan.
Kita dibesarkan dengan konsep sekularisme...maka sudah pasti lebih kepada sesuatu yang nampak. Persediaan fizikal boleh bermula semasa mengandung dengan menjaga kesihatan diri, bayi dalam kandungan dan penjagaan makanan yang seimbang.

Namun hanya segelintir ibu2 sahaja yang menyediakan dalaman diri mereka kuat dan tegar atas niat yang diletakkan dan matlamat yang ditetapkan.

Berapa ramai antara kita hari ini yang menyediakan masa benar-benar untuk bersama Al Khaliq? Adakah benar memadai 5 pertemuan wajib harian? Adakah selama 5 waktu itu hati kita benar-benar bersama Al Khaliq? Adakah hanya mencukupkan syarat yang diwajibkan memenuhi keperluan 5 waktu sudah memadai?
Adakah kita menjadikan amalan mengaji Al Quran itu wajib dilakukan setiap malam? Adakah bibir kita sentiasa dibasahi dengan zikrullah?



Sayangnya hari ini agama itu dijadikan sesuatu yang diwarisi dan bukan di dalami. Abah saya pernah berpesan...jangan sekadar pandai mengaji tetapi tidak mengkaji.

Tanpa kita sedari seperti telah menjadi trend forum-forum atau laman sosial yang disediakan hari ini menjadi tempat meluahkan perasaan, tempat melepaskan perasaan marah, kecewa dan kebencian. Bukankah lebih baik kita meluahkan perasaan ini pada Al Khaliq sepertimana ayat  Innalillah hi wa inna ilaihi rajii un                 " Sesungguhnya dari ALLAH ia datang kepada ALLAH ia kembali".

Setiap ujian itu bersebab...antaranya agar kita balik ke pangkal jalan. Namun masih ada segelintir yang tidak menyedari hakikat ini. Saya yakin, setiap ujian ALLAH itu adalah untuk memastikan kita dekat denganNYA. Sesungguhnya aturan ALLAH itu sangat unik bagi mereka yang berakal.

Sama juga bila mahu berniaga. Ramai orang bersedia dari segi fizikal terutama dalam menyediakan modal Namun hanya segelintir sahaja yang benar-benar bersedia melalui alam perniagaan kerana kesediaan mental yang mantap di mana segala urusan dimulakan dengan istikharah.

Namun saya sedari...untuk mendapatkan minda yang positif...kita perlu pastikan agar jangan sesekali kita membiarkan diri( akal ) dan jiwa kita kosong terumbang ambing. Bila kita sibukkan diri bersama Al Khaliq walau  dengan hanya berzikir pada ALLAH, insyaALLAH unsur-unsur negatif sukar menghinggap.

Masih belum terlambat untuk kita balik ke pangkal jalan. Mintalah kepada Al Khaliq dan bukan meminta kepada manusia. Manusia tidak mampu memenuhi keperluan kita sebaliknya manusia boleh buat kita kecewa apabila keperluan kita tidak dipenuhi. Yakinlah ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Untuk mendapatkan keyakinan dari Al Khaliq yang sifatnya kaya dengan Ar Rahman dan Ar Rahim...mulakan dengan membasahi bibir kita dengan zikrullah dan kurangkan mengeluarkan ucapan dan kata yang sia-sia. Mari kita mengaji dan mengkaji kerana AL Quran itu lengkap untuk menjadikan kita manusia yang mempunyai pedoman dan pegangan hidup.


Sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH dan yang kurang itu adalah kelemahan saya. Wallah hu alam.













 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan