Hujung minggu di Boulevard Shopping Complex.

Alhamdulillah hujung minggu yang redup....cuaca memang mendung macam nak hujan tapi kawasan ibu tak hujan. Tapi pagi tadi kami ke Lutong ingat nak makan Laksa Sarawak dan Mee Kolok Pak Wan tapi malangnya tutup. So kami terus lunch di Boulevard sahaja. Lepas makan memang plan nak beli barang-barang dapur sebab banyak yang dah kehabisan.
Selepas makan, Nasa merengek nak pergi main kat tempat mainan baru dalam Boulevard. So abah minta ibu pergi barang dapur sorang manakala abah teman Addin dan Nasa dalam play ground. Habis sahaja beli barang dapur, ibu terus ke tempat KidsPlay ini untuk melihat sendiri Addin dan Nasa enjoy bermain.

Bayaran masuk RM8 seorang. Namun jika mak ayah nak gi shopping and drop kan anak kat KidsPlay ni kena bayar RM10 sejam. Wajib pakai stokin. Jika tiada boleh beli dikaunter masuk dengan harga RM2- RM2.50.... ikut saiz kaki. Ibu dan bapa yang masuk menemani anak juga wajib memakai stokin.

Tempatnya best ....macam kat KL memang banyak tapi kat Miri ni la first time ada benda macam ni.


Bagi yang belum pernah bawa anak ke sini, cubalah bawa....memang menarik. Ada banyak aktiviti selain dari panjat memanjat seperti dalam gambar. Hari Khamis ada promotion dengan bayaran masuk hanya RM5 untuk seorang anak.

Malam ni ibu akan siapkan semua pack untuk dipos esok. Harapan ibu semoga cust ibu akan dapat barang pesanan pada hari Selasa insyaALLAH.









 Salam sayang dari ibu
 

Catat Ulasan

0 Ulasan