Masih ada pilihan.....



Tidak dinafikan ramai yang berpendapat begini:

"Lebih baik mengambil vitamin dari sumber makanan, ia adalah vitamin yang benar2 asli"

Benar, malah saya pun tak menafikan hakikat ini. Vitamin C terbaik adalah dari oren. Vitamin A terbaik adalah dari carrot.


Ada juga pendapat begini:

"Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat je"

Saya akui juga kebenaran kata-kata itu.

Namun, semua tu tak boleh nak dibanding dengan kita hari ini. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran. Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan sebagainya. Orang dulu2, orang asli tak guna bahan2 kimia, tak pakai make-up yang ada bahan kimia, etc.

Kita sekarang terdedah kepada pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik2 sayur adalah sayur mentah/ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin sayur - berapa kerat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa larat makan 7 biji oren setiap hari? Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6x7=42 biji oren perlu disediakan setiap hari!!!

Menyebut tentang pencemaran, setiap pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada bentuk2 lain, bujur ke, bersegi ke... apa2 lah. Radikal bebas ni boleh dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin2 seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren, serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi.

Tiada masalah jika kita mampu menyediakan semua itu.

Itu belum lagi mencukupkan keperluan vitamin lain, seperti vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D, vitamin K, dan mineral2 lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink dan sebagainya.

Jangan komplen kalau badan sentiasa penat (walaupun dah cukup rehat), selalu stress, selalu selsema (tanpa masalah sinus), hormon tak stabil bila kita tak mampu nak berikan tubuh kita keperluan vitamin dan mineral hariannya.

Tepuk dada, tanya "Cukupkah vitamin dan mineral yang diperlukan olehku dan keluargaku?"
Salam sayang dari ibu


Catat Ulasan

0 Ulasan