Persiapan minda menghadapi puasa sambil menyusu



Masa menyusukan abang Addin, ibu belum dapat berpuasa penuh, bermaksud jika tidak tahan ibu akan berbuka. Namun menyusukan anak kedua buat ibu lebih yakin. Rahsianya adalah persiapan minda. Kita dah didik lebih awal diri kita bahawa kita boleh berpuasa sambil menyusukan anak. Kita dah maklumkan pada diri kita susu yang keluar memang cukup untuk anak kita.Persiapan minda sangat penting dalam menguruskan kehidupan seharian jua. Bagaimana untuk mendapatkan persiapan minda sebenarnya? Ia memerlukan masa dan keadaan yang tenang. Bila tenang kita boleh berfikir dengan waras. Kita takkan boleh menyiapkan minda dengan pelbagai masalah yang bersarang dalam kepala kita. Cuba dapatkan kedamaian hati. Jika minum secawan teh yang beraroma seperti English breakfast boleh membuatkan kita leka seketika dengan masalah dan rutin harian, maka cuba hadirkan minda yang yakin kita boleh berpuasa pada bulan ramadhan dengan jaya sekali.Namun sebagai seorang muslim, hakikatnya menghadirkan hati dan minda yang seimbang adalah dikala kita mengaji dan membaca al Quran.

Ini dibuktikan oleh seorang yang berpengalaman melalui pelbagai situasi dan membuat kesimpulan bahawa dengan membanyakkan membaca Al Quran dapat membuatkan hati dan minda kita tenang.

Ubat Hati



Saya ingin bawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".



Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.



Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?. Saya ingin berkongsikan pengalaman yang saya lalui.



Kisah satu



Pada kejadian tsunami di Acheh pada Disember 2004, dengan izin Allah saya telah ke sana pada hari kelapan di dalam operasi kemanusiaan. Mereka yang masih hidup menghadapi tekanan yang luar biasa. Anak kecil mereka hilang, suami hilang, dan sebagainya. Sebenarnya, jika mereka berjumpa dengan mayat anak mereka, mereka lebih tenang kerana telah pasti mereka meninggal. Tetapi, status hilang membuatkan mereka menaruh harapan mudahan ia ditemui. Unit trauma dari berbagai negara datang untuk menenangkan penduduk Acheh yang kesedihan tetapi saya melihat penduduk Acheh lebih tenang dengan membaca al-Quran. Di khemah-khemah, mereka membaca al-Quran. Dengan al-Quran mereka menjadi tenang



Kisah dua



Ketika kejadian gempa bumi di Pakistan pada Oktober 2005. Saya telah sampai ke sana pada minggu kedua. Status di Pakistan pun sana. Anak-anak mereka tertimbus di dalam bangunan. Masih ramai yang belum dapat dikeluarkan kerana kekurangan bantuan tenaga. Saya melihat mereka menenangkan diri mereka dengan membaca al-Quran.



Kisah tiga



Saya pernah melihat orang yang sangat kesedihan disebabkan kematian ayahnya. Dia tidak boleh berhenti menangis. Ketika diberikan surah Yasin kepadanya, dia cuba membaca dengan suara yang tersekat-sekat kerana masih menangis. Ketika sampai ke ayat lima belas dia sudah mula berhenti menangis dan apabila sampai ke akhir surah Yasin, dia sudah boleh bercakap dan berbual dengan baik dan tenang. Al-Quran telah memberi ubat yang luar biasa pada kesedihan hatinya.



Kisah empat



Seorang kakak bertemu dengan saya kerana masalah rumah tangganya. Saya menyuruh dia membaca surah al-Kahfi kerana terdapat di dalam hadith, Allah menurunkan ketenangan pada seorang sahabat yang membaca surah kahfi ini. Dia membaca dan mengamalkannya. Akhirnya, dia dapat menghadapai krisis rumah tangganya dengan tenang dari sebelumnya.



Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Allah berfirman,



Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia

Surah ar-Ra’du ayat 28



Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.



Petikan:http://www.ustazamin.com/2008/10/motivasi-iman-4-ubat-hati-kesedihan.html

Salam sayang dari ibu




Catat Ulasan

0 Ulasan