Pernah ibu bersembang dengan abah mengenai polisi....dan apa yang ibu coretkan ini tiada kaitan dengan sesiapa atas perkaitan apa jua sekalipun, maka jangan membuat kesimpulan dengan hati yang buta. Sekadar perkongsian secara sihat untuk kita memahami apa itu polisi.
Apa itu polisi? Polisi membawa maksud rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan atau dasar.
2. Dokumen yang mengandungi kontrak insurans atau syarikat.
Mengapakah polisi itu wujud?
Secara amnya polisi itu wujud atas agenda tertentu.
Perlukah kita terikat dengan polisi?
Seandainya kita telah bersetuju dengan hati yang tenang dan fikiran yang waras maka polisi perlu dipatuhi.
Dengan ertikata lain, selagi individu itu boleh "tolerate" dengan polisi tersebut maka selagi itu ia perlu mematuhi segala asas polisi. Manusia ini akan mematuhi polisi yang ditetapkan apabila polisi itu tidak melampaui had batasan sempadan individu itu.
Sebagai contoh mudah:
Seorang teman abah yang bekerja dengan syarikat minyak S**** telah berhenti dari pekerjaannya kerana merasakan gaji 4 angka yang diterimanya tidak setanding dengan usahanya. Beliau mencari pekerjaan yang selari dengan minat dan kehendak jiwanya. Maka peletakkan jawatannya membawa maksud bahawa beliau sudah tidak boleh lagi bertolak ansur dengan polisi syarikat. Polisi itu mungkin telah melampaui had batasan yang boleh di " tolerate" oleh beliau maka sebab itu beliau keluar dari polisi tersebut.
Bagi kawan-kawannya yang masih bekerja dengan syarikat tersebut bermaksud mereka mereka masih boleh " tolerate" dengan polisi tersebut dan polisi itu tidak melampaui had batasan yang boleh di "tolerate" oleh mereka.
Namun pendapat ibu secara peribadi, seandainya polisi itu mempunyai kewajaran untuk dipatuhi demi kebaikan tanpa melampaui had batasan yang mampu kita pegang, ianya tidak salah sama sekali untuk dipatuhi. Sebaliknya jika polisi itu tidak membawa apa2 manfaat pada diri kita sebaliknya hanya kebaikan dan kepentingan peribadi sesetengah pihak, maka kita punya hak untuk tarik diri dari polisi tersebut.
Jujurnya ibu hanya terikat dengan polisi kerajaan sahaja...dah kerja ngan gomen....
0 Ulasan