Punca suami tak sokong penyusuan.




Terlebih dahulu ibu bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat supportive dan mudah2an Addin dan Nasa juga akan mempunyai sifat yang sama. Beberapa minggu sudah kami menonton drami Wadi Unung…antara siri akhir drama tersebut kelihatan seorang bayi minum susu melalui botol. Lantas Addin bersuara” Aik, kesiannya budak ni kecik2 dah minum susu botol” Tergelak ibu mendengarnya. Itulah anak yang minum susu badan. Ibu terus menyampuk dengan mengatakan, “ Ada baby yang minum susuibu nya melalui botol , bukan semua baby minum botol tu susu dalam tin….” .Addin  tersenyum sipu.

Namun sebenarnya ibu tahu ramai kenalan internet ibu yang mempunyai masalah suami yang tidak menyokong penyusuan susuibu. Ibu cuba membuat satu kajian kecil mengenai isu ini melalui cerita ibu2 ini tadi.


Bagaimana suami nak support jika:

1.      Si isteri selalu mengeluh keletihan.

Seorang suami mengharapkan isterinya menjadi supermom; baik yang bekerja mahupun yang menjadi surirumah semata2…maka apabila si suami asyiklah mendengar si isteri kepenatan  terutama yang bekerja di siang hari dan malam dengan tak cukup rehat dan mengadu keletihan maka  si suami pun akan menyarankan memberi si kecil minum susu formula.

Bagaimana nak mengatasi keadaan ini: Jagalah pemakanan, berikan fizikal dan rohani makanan  yang mencukupi dan jika rasa badan perlukan supplement,do something jangan sampai rumahtangga beri satu masalah kepada kita sebagai isteri. Supplement fizikal yang perlu: B complex, Multivitamin dan Kalsium. Supplement rohaniah: Solat tahajud dan zikir nama2 Allah .

2.      Si isteri tidak memberi layanan yang sepatutnya.
Apabila seorang wanita itu menyusukan anaknya maka hormon prolaktin akan menjadi tinggi dan hormone progesterone akan munurun. Ini secara langsung memberi kesan kepada keinginan seks seorang isteri. Si isteri akan mula menunjukkan kedinginan yang ketara. Kehendak si suami akan menjadi satu beban kepada si isteri. Pernah juga ibu mendengar cerita kenalan ibu yang mempunyai masalah ini dan berlarutan.sehingga si suami mencari teman baru, nauzubillah.

Bagaimana mengatasi: Banyakkan mendekatkan diri dengan pencipta..secara langsung akan mengingatkan kita tanggungjawab dan amanah yang dipikul dalam melayari alam rumahtangga. Jika perlukan supplement: Vitamin E dan Alfalfa adalah antara yang dapat membantu.

3.      Si isteri tidak menjaga penampilan diri.
Rata2 si isteri yang menyusukan anak akan pastinya mempunyai masalah badan…bukan kerana apa tetapi kerana bau susu dari badan kita. Adakala disebabkan oleh makanan pemangkin susu seperti halba. Dengan berbaju t yang dah lusuh ditambah kain batik yang warnanya makin kusam membuatkan mata suami menjadi sakit. Si isteri menjadi seolah2 tidak terurus atas alasan menyusukan anak dan masa yang tidak mencukupi. Walhal kita punya 24 jam dan setiap orang perlu mempunyai kebijaksanaan menguruskan masa. Ada yang wajah nampak tua dari umur dek kerana tak cukup tidur dan keletihan sepanjang hari.

Bagaimana nak mengatasi:
Cubalah amalkan setiap kali selepas mandi , gunakan pewangi walaupun hanya duduk di rumah. Belilah lotion2 yang tahan lama wanginya agar bau peluh kita diserap oleh bau lotion tadi. Jika kurang berkemampuan, memadai memakai Johnson baby cologne…terutama summer swing, ibu dan anak pakai sekali, pasti bahagia hidup. 


Jika ada baju yang dah lusuh, buanglah tetapi janganlah pula disedekahkan kepada orang susah kerana tidak elok memberi sesuatu dalam keadaan uzur. Begitu juga dengan kain batik, carilah warna yang menarik dan alangkah bagus pakailah seluar panjang supaya dapat menarik perhatian suami untuk menatap si isteri lebih banyak dari wanita yang lalu lalang sewaktu suami berada di luar rumah. Namun jika hidup dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim. Pemakanan penting...makanlah buah setiap hari agar pembentukan kolagen tidak terbantut dan si ibu akan nampak sentiasa muda.

4.      Si isteri mencari alasan tidak masak
Memang tidak dinafikan apabila mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya, masa kita akan lebih banyak tertumpu kepada si kecil sehingga tanggungjawab rumah seperti mengemas dan mamasak sedikit terganggu. Jika mendapat suami yang sangat memahami dan berkemampuan, pastinya akan membeli lauk dan si isteri menanak nasi di rumah. Namun bukan semua suami itu sama…ada yang memang suka masakan isterinya walau makan hanya nasi dan telur serta ikan masin, sudah memadai baginya.Walau bagaimanapun takkanlah kita nak hidangkan nasi dan telur selama 2 tahun penyusuan? Rasanya suami pun mengamuk sakan.

Bagaimana mengatasi:
a.       Bagi si surirumah: Belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap  apabila dinikmati.
b.      Bagi working mom: Kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat masak, keluarkan sedikit dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.

5.      Si anak asyikla nak melekap @ mengempeng.
Si suami juga perlukan masa bersama dengan si isteri.. untuk merehatkan minda dan ber”yoga” bersama..namun jika si kecil asyiklah mengempeng sepanjang malam dan menyebabkan si suami ketandusan kasih sayang, mulalah golongan suami ini akan menyarankan si kecil minum susu formula. Akan lahirlah idea dalam otak si suami badan si isteri tidak mampu menghasilkan susu.

Bagaimana nak mengatasi: Jagalah pemakanan, ambillah supplement jika perlu.. Supplement itu penting agar dapat mengisi ruang kosong di dalam tubuh kita. Pengambilan supplement membantu meninggikan kandungan nutrisi dalam susuibu. Ini akan membantu si anak tidur lebih nyenyak. Kita juga mampu menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan hamba kepada yang Esa dengan dapat menunaikan tahajud dengan tenang. Banyakkan juga membaca fatihah serta bacalah zikir Ya latif agar si kecil nyenyak tidur tanpa gangguan.

6. Si isteri tidak berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.
Kebanyakan yang mengambil berat betapa pentingnya susuibu kepada is kecil adalah ibu itu sendiri. Namun ilmu ini tidak dikongsi bersama suami tercinta. Jadi dek kerana kekurangan ilmu inilah si suami tidak menyokong penyusuan.

Bagaimana nak berkongsi dengan suami tentang ilmu penyusuan?
Ajaklah suami hadiri kursus yang melibatkan penyusuan…minta nasihat doc di depan suami agar suami turut mendengar kebaikan susuibu. Maklumkan kepada suami yang penyusuan exclusive selama 6 bulan pertama sudah boleh membuatkan badan si isteri kembali langsing. Bercerita selalu dengan suami kebaikan susuibu pada si kecil iaitu membantu meningkatkan system imun maka sebagai ibubapa tidak banyak masalah pada masa akan datang. Carikan artikel yang boleh dibaca bersama bersama suami dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.


Kesimpulannya :
Bagi ibu yang dah berjaya menyusukan Addin dan Nasa selama 2 tahun lebih berpendapat secara peribadi ,makanan fizikal dan rohani sangat penting. Bila tubuh sihat, kita dapat menyusukan anak dengan baik. Bila rohani kita sihat kita dapat menempis segala cubaan dan halangan yang datang. Fizikal kita perlukan makanan yang seimbang, jika terdapat kekangan dalam pengambilan zat, cubalah ambil alternative dengan pengambilan supplement. Jika mempunyai kekangan untuk membeli dapatkan dari klinik kerajaan secara percuma. Namun jika ada lebihan dapatkan yang lebih baik. Rohani juga tidak boleh diabaikan. Solat 5 waktu, berpuasa dan menunaikan zakat adalah basic keperluan rohani. Rohani juga perlukan supplement iaitu zikir dan amalan2 sunat. Inilah keseimbangan yang perlu semua ibu ada untuk Berjaya dalam penyusuan selama 2 tahun atau lebih.

Tidak perlu terlalu rigid dengan pendapat orang sekeliling termasuklah doc dan LC yang tidak menyokong pengambilan supplement.Saya tak nafikan pokok boleh hidup dengan hanya matahari, tanah dan air tetapi alangkah bagusnya jika dibaja kerana ia akan lebih subur. Bukannya apa, bila kita punya masalah rumahtangga akibat dari penyusuan, bukannya doc atau LC yang datang menolong…tetapi diri kita sendiri. Tepuk dada Tanya selera.
Happy breastfeeding!




Salam sayang dari ibu



Catat Ulasan

7 Ulasan

Su Hana berkata…
setuju sangat2 dgn n3 di atas :)
Norita Shaklee berkata…
Mrs hasanif:
Terima kasih!
Hazu~ berkata…
Setuju juga dengan entry ni. Yang no 1 tu rasanya sebab suami kita kesian kat kita. Tak sampai hati tengok isteri dia sampai nangis-nangis atau tension untuk susukan baby.

Teringat masa first trimester mengandung dulu, hubby selalu kata nanti kita tunggu baby besar sket la baru bagi adik. kesian tengok mabuk-mabuk ni.

sekarang ni bila dah ok kekadang sebut2 pasal nak bagi adik, sedangkan yang dalam perut ni pun tak keluar lagi, dah sibuk nak bagi adik. :P

Salam kenal. :)
Norita Shaklee berkata…
Hazu,
Salam kenal.
Shake it Move it berkata…
membaca entry ni pd masa yg sgt tepat.td siang bwk baby inject doc tanya sy ada ambil supp apa2 sbb baby ada enzema.Dr india lelaki tu gelak bsr bila sy kata sy mkn 6 jenis supp then dia cerita masa sek dia dulu cikgu dia bgtau org yg mkn supp byk punyai air kencing yg paling mahal. Kurang ajar punya doctor.tp sy tak ambil hati pun.sbb sy tahu sy ambil supp tu utk kesihatan diri sy.tak perlu pedulikan apa org nak kata....6 tu ialah,b com,vit c,vitalea,alfafa,vit e dan ostematrix...
Suziey Ahmad berkata…
salam ziarah:) good info:)
syeda berkata…
salam...info yg bagus...tp sy terbalik lah kak...bukan suami yg x sokong...tp FIL & MIL...huhuhu...sy ni stay with my in law.so dieorg tgk SI ni mcm menyusahkan...plus sy pulak bakal berkerja xlama lg so skrang ni tgh wat stok susu, jd bertimbun2 la susu dlm peti ais dieorg tu. sbb xde lg dlm fmly dieorg yg buat mcm sy.SIL keje, pas abes pantang, trus bg FM.the other menantu pulak xkeje..and fully BF. so dieorg xpernah experience bende2 gini..huhuhu...