Minggu sudah Nasa mendapat cirit birit...adalah hikmahnya kerana sejak berpindah ke Miri ibu hanya menyediakan Vitagen as Probiotik di rumah. Maka dengan keadaan Nasa ibu tidak mahu ianya berlarutan maka ibu bergegas ke farmasi dan mencari probiotik yang biasa ibu beli semasa di KL dulu. Malangnya tiada jenama yang ibu biasa maka nak tak nak ibu terpaksa membeli brand B** **** yang dijual di farmasi.
Selepas memberi Nasa sepeket ibu mengharapkan cirit biritnya akan reda namun sebaliknya berlaku. Hmm tak boleh jadi ni, maka ibu terpaksa membuat keputusan dengan membawa Nasa ke paed yang ibu paling suka iaitu klinik Cheah di Miri. The best paed yang ibu suka di Miri ini kerana layanannya yang sangat memuaskan serta ubat2nya yang berbaloi dibayar.
So, doktor Cheah mengatakan ianya adalah simptom asas kepada penyakit HFMD...hmm ibu dah mula susah hati sebab sekarang musim kemarau dan memang senang dijangkiti penyakit. Dr. Cheah membekalkan probiotik yang paling ibu suka iaitu brand PROLACTOR. Dr Cheah kata ianya sukar di dapati kerana ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Jika di KL pun ada sesetengah private hospital sahaja yang ada menjualnya.Namun so far selama bertahun ibu di Miri memang ibu akan menyimpannya sedikit di dalam fridge buat spare jika ada kecemasan.
Alhamdulillah dalam dua hari mengambil probiotik tersebut, Nasa dah menunjukkan tanda2 yang positif. selera makannya kembali pulih. syukur alhamdulillah.
Apa yang ibu buat dengan probiotik yang ibu beli di farmasi hari tu? Dengan senang hati ibu membuangnya ke dalam tong sampah. Abah kata jangan simpan sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat ...bukan sebab tak sayang duit tapi sebab ibu lebih sayangkan nyawa ibu, anak2 dan keluarga maka ibu membuat keputusan membuangnya. Kini ibu hanya menyimpan prolactor yang disejukkan di dalam fridge.Ibu nekad jika ada lebihan duit ibu nak beli sebotol probiotik brand PROLACTOR ini dan disimpan di dalam peti sejuk. Sekurang2nya ia bagus untuk meningkatkan selera makan anak2 dan membantu usus anak2 ibu berfungsi dengan lebih baik.
Benarlah kata orang2 tua... duit boleh dicari namun kesihatan tidak boleh dijual beli.
Salam sayang dari ibu
0 Ulasan