Iklan tajaan:
Semalam memandangkan Addin tidak ke kelas Karate , ibu membuat keputusan membawa Addin dan Nasa ke Boulevard...berjalan2. Seperti kebiasaan setiap bulan ibu akan membelikan mereka sesuatu..namun bulan ini ibu nekad ibu akan beli baju atau buku sahaja. Toys? No more ...rumah dah macam tongkang pecah. Penat wooo. Sampai kalau Addin dan Nasa mengajak ibu main, ibu katakan ibu hari cuti...dan pastinya mereka akan gelak.
Sampai di Boulevard, Addin dan Nasa jadi rambang mata terutama apabila melihat baju kegemaran mereka iaitu Ben10....ibu pun tanpa melengah masa menyruh Addin memilih baju yang berkenan di hati. Tidak lupa dengan si Nasa. Mereka membeli sorang 4 pasang yang berlainan warna dan corak. Seronok mereka ni bukan kepalang. Lagipun sekarang tengah sale. Sale apa ya? Entah sale sempena apa namun yang pasti memang murah dan baju2 itu sungguh cantik dengan kain yang berkualiti.
Balik sahaja rumah, terus mandi dan terus mengambil salah satu baju yang dibeli tadi. Dan hari ini mereka masih lagi memakai baju Ben10 tetapi yang berlainan corak dari semalam.
Doakan ibu murah rezeki ya, Addin Nasa....insyaAllah ibu belikan selalu baju untuk kalian. Amin.
Salam sayang dari ibu
1 Ulasan