golongan ini rata-rata kurang sabar. Mudah marah dan senang melatah. Tidaklah ibu salahkan mereka juga kerana kematangan setiap orang itu berbeza sama sekali.
Sebenarnya setiap ibu yang menyusukan anak pastinya mempunyai laluan cerita yang sama dan lebih kurang sama sahaja. Ada turun naiknya hasil susu disebabkan banyak faktor. Jangan bohonglah dengan mengatakan susu saya hebat dan sentiasa hebat. Langit tidak selalu cerah dan awan tidak akan selalu mendung.
Ceritanya sebenarnya semua sama...yang membezakan sesuatu cerita itu bagaimana seseorang ibu itu tackle the situation. Ini cerita ibu yang berjaya dan bagaimana beliau melakukannya? Mari kita ambil petua ini.
- Tidak pernah control makan dan water consume always more than 2 litres.
- Jaga pemakanan, amik supplement supaya kualiti sehebat kuantiti.
- Setiap kali sebelum pam...mulakan dengan Bismillah hirrahman nirrahim dan Wala haulawalaquwata ila billah hil aliyill azim.
- Setiap kali habis mengepam dan melihat hasil perahan, bacalah Alhamdulillah.
- Banyakkan zikir nama2 Allah asal teringat.
Setiap ibu itu pasti punya usaha dan doa untuk mencapai impian menyusukan anak lebih dua tahun namun satu yang sering ibu2 yang kecundang ini terlupa...iaitu bertawakal.
Seorang pemancing mampu mengeluarkan duit yang banyak membeli joran yang hebat serta umpan yang sedap untuk mendapatkan si ikan, namun si pemancing ini perlu ingat bahawa hanya dengan izin Allah sahaja dia mampu untuk mendapat sebakul ikan mahupun seekor ikan.
Samalah dengan ibu yang menyusukan anaknya... si ibu mungkin mampu mengeluarkan duit beribu ringgit membeli pam yang mahal serta vitamin yang bagus untuk menghasilkan susu. Namun kita masih perlu berdoa dengan yang Maha Agung agar dipermudahkan rezeki untuk si anak tadi. Bukan dengan marah2 dan menyalahkan pam atau vitamin. Sesungguhnya terjadinya susu si ibu tadi dari darah yang mengalir dari dalam tubuh si ibu. Dengan kuasa Allah jua ia bertukar menjadi susu, Subhanallah. Maka dengan izin Allah jua yang menentukan banyak mahupun sedikit.
Tetapi perlu kita ingat bahawa Allah berjanji, barangsiapa yang bersyukur maka Allah akan menambahkan nikmat. Maka janganlah sesekali mengeluh mengapa susu kita sedikit, sebaliknya sentiasa bersyukur serta beristighfar semoga kesilapan kita masa lalu tidak mengganggu rezeki kita di masa akan datang. Mudah2an.
Salam sayang dari ibu
4 Ulasan
memang kadangkala pam dapat banyak. ada ketika pam dapat sikit. tapi saya tetap bersyukur, sekurang-kurangnya masih ada rezeki untuk anak...alhamdulillah..semoga Allah permudahkan jalan ini..
Semoga berjaya!
Zuhaini,
Biasanya ibu akan lebih matang setelah kelahiran anak kedua.
salam perkenalan..