Apakah yang dicari sebenarnya?

Sedarkah kita apabila janji diikat bersaksikan wali di depan ahli keluarga, maka kita bernekad akan sehidup semati bersama pasangan kita? Namun apabila ada badai kecil melanda, kita mudah melatah lantaran alpa pada Yang Esa dan Yang Lebih Mengetahui...

Seketika tadi ibu bersembang dengan seseorang meluahkan rasa sedihnya kerana beliau tidak mendapat restu dari suaminya untuk bekerja di tempat yang diharapkan...dengan sedu sedan hamba Allah ini menangisi seolah2 sedang meratap sebuah kematian... ibu terdiam sejenak kerana belum sempat ibu meluahkan kata2 pandangan si teman terus menerus menangis. Namun setelah seketika dia berhenti menangis...dan ibu memulakan bicara.

Dengan lembut ibu bertanya, apakah yang dicari dalam hidupnya selama ini? Mencari redha Allah atau menempah murka Allah? Si dia terdiam tidak terkata...Ibu mengingatkan dia dengan sebuah kisah benar yang telah ibu lihat sendiri kesan akibat dan musabab kisah sebuah rumahtangga...

Si Shafi (bukan nama sebenar) ingin benar bekerja...memandangkan beliau tidak dapat mencari pekerjaan di tempat di mana suaminya bekerja di sebuah daerah terpencil maka Si Shafi membawa diri di tempat yang rata2 manusia berkejaran mencari duniawi, Kuala Lumpur. Tinggallah si suami antara redha dan kesedihan. Mengapa si Shafi tidak sanggup bersusah dengan suaminya sedangkan di hari pernikahan dua hati bersatu telah termeterai janji akan sehidup semati...susah sama dilalui dan senang sama dinikmati? Tanpa memikirkan kesan yang akan dia hadapi, dia teruskan kehidupan di kota besar itu. Tetapi tidak lama, banyak betul dugaan dan cabaran yang Shafi terima. Fitnah, dianiaya rakan sekerja dan banyak lagi...sehinggalah satu hari datang hamba Allah ini menegur dengan berhikmah... Apakah yang kamu cari sebenarnya? Kekayaan duniawi atau kebahagian ukhrawi? Tersentak la Si Shafi dengan pertanyaan itu dan kini dia mula insaf. Dia mula mencari suami yang ditinggalkan keseorangan dan kesunyian di bandar terpencil tadi. Baru dia sedar bahawa duit bukanlah segalanya...

Sesungguhnya redha suami itu penting buat si isteri untuk mencium baunya syurga...Andaikata hidup ini adalah sia2 maka tidak Allah jadikan syurga dan neraka sebagai tempat pembalasan. Ibu percaya andai kita hidup muafakat rumahtangga pasti bertambah berkat. Memang benar, langit tidak selalu cerah dan awan tidak selalu mendung namun jika kita berpegang kepada 2 tali utama iaitu Al Quran dan Sunnah nescaya segalanya akan Allah aturkan mengikut kemampuan kita dan rahmat Allah sangatlah luas.

Buat hamba Allah yang ibu maksudkan , andai anda membaca nukilan ini, banyakkan doa agar Allah tidak melepaskan kita kepada diri kita namun sebaliknya Allah sentiasa mengaturkan segala yang terbaik dalam hidup kita. Doalah, nescaya diperkenankan.

Wassalam.

Salam sayang dari ibu

Catat Ulasan

0 Ulasan