Hmmm...dalam keluarga ibu sebelah mak ibu ada seorang atuk saudara perempuan yang hidup sehingga 102 tahun dan hidupnya ditemani oleh menantunya dan kini sudah arwah dah atuk sedara ini.Walaupun begitu ibu tidak harap untuk hidup sehingga beratus tahun, memadailah umur yang berkat. Semenjak dari itu ibu selalu berpesan kepada kawan2 rapat ibu doakan ibu sejahtera selalu dah memadai.
Berbalik kepada tajuk entry ibu, sebenarnya arwah abah ibu seorang yang sangat istimewa. Memandangkan arwah abah lahir dengan tembuni maka imam yang memecahkan ketuban itu pernah memberitahu kepada nenek ibu bahawa abah adalah salah seorang manusia terpilih dan sangat istimewa. Arwah mempunyai kelebihan membaca seseorang dari nama dan kad pengenalan. Walaupun ibu juga turut memiliki ilmu ini namun ianya tidak boleh selalu digunakan. Bukannya bagus melihat kebaikan dan keburukan orang. Setiap manusia itu mempunyai kebaikan dan kekurangannya cuma bagusnya ilmu ini kerana kita boleh memahami dengan lebih baik individu tersebut.
Memang nama itu mempunyai makna terutama jika memilih nama2 yang baik yang disarankan dalam Islam tetapi setiap huruf dalam nama itu juga mewakili sifat seseorang. Begitu juga dengan nombor dalam kad pengenalan seseorang. Ada tertulis seseorang itu boros atau sebaliknya. Ianya sekadar panduan semata2.
Ilmu ini adalah rahsia dan tidak boleh diajarkan kepada sesiapa, itulah amanat terakhir arwah abah. Ibu hanya menggunakan sebagai panduan dalam melihat karenah dan perangai serta gelagat manusia.Mengapa ibu mempelajari ilmu ini? Sekadar suka2 kerana sekurang2nya ibu mengetahui mengapa sifat seseorang itu begini dan begitu , kerana semuanya ada dalam nama itu sendiri. Ramai yang kurang percaya namun ibu mempelajari ilmu ini seawal usia 14 tahun.
Arwah abah kata bukan semua orang mendapat ilmu ini kerana jika silap langkah ianya boleh membawa kepada syirik dan memesongkan akidah seseorang. Memadailah ibu jadikan ianya sebagai panduan dalam urusan ibu dengan sesiapa sahaja yang perlu ibu dealing with. Paling penting kita hanya perlu menjadi diri kita sendiri dan jangan cuba mengubah diri untuk menjadi orang lain.
Salam sayang dari ibu....
Selamat malam.
* Bagi yang meminta agar tarikh tutup contest di extendkan sehingga 4 September... ibu akan cuba berbincang dengan abah terlebih dahulu. InsyaAllah permintaan ini akan dipertimbangkan memandangkan 31 August adalah cuti umum dan penghantaran tidak dapat dilakukan pada tarikh tersebut. Akan ibu maklumkan dalam post yang akan datang.
3 Ulasan
cam org tua-tua kata, if baby tu selalu sakit, kene tukar nama sbb baby tu tak "terbawa" makna yg ada pd nama dia. betul atau tidak, wallalhualam.
setuju if contest dilanjutkan. puhlissssssssssss. *wink*