Bagi contest BETTER YOU BETTER WORLD keputusan akan diumumkan sebelum hari Raya Aidilfitri tahun ini insyaAllah. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dan ibu sendiri terkejut dengan penyertaan yang diterima. Bagi yang telah menerima produk semalam dan hari ini maka diharap kalian akan sempat untuk menghantar entry sebelum tarikh tutup iaitu pada 4 SEPTEMBER 2009 jam 6p.m.Bagi yang ingin mencuba produk tersebut, sangat-sangat dialu-alukan. Ianya juga sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu dan ayah sempena bulan yang mulia ini.
Ibu juga sedang memikirkan hadiah yang menarik untuk diberi kepada mereka yang bersedia menjadi testimoni produk Shaklee... dan ini masih dalam perbincangan ibu dengan abah. Maka jika anda ialah salah seorang pengguna Shaklee nantikan berita gembira ini mana tahu anda adalah salah seorang yang bakal menerima hadiah saguhati dari ibu?
Akhirkata....Salam Merdeka dari ibu.
1 Ulasan
saya sudah hantar email.. :)
tak tahu lah slogannya sedap ke idak.. :)
saya pun nak buat testimonialnya.. tapi tunggu a few days dulu lah ya.. :)
wassalam.. :)