Dalam majlis Aqiqah hari ini, ibu berpeluang bersembang dengan hajah Zaradah, yang master untuk rujukan bagi setiap masalah kesihatan yang ibu belum mahir. Dalam pada tu sempat hajah bertanya jika ibu berminat dengan program Shaklee untuk ke Umrah next year. Siapa yang tak mahu ke umrah? Setiap waktu ibu terbayang menunaikan solat di Makkah al Mukaramah.
Program ini memerlukan satu kumpulan yang mempunyai niat yang sama, membantu mereka yang memerlukan disamping kita memperolehi kebaikan menunaikan umrah dengan percuma. Hajah menyatakan yang she's willing to train sape jua yang berminat dengan Umrah Shaklee 2010. Jika anda atau sesiapa jua yang berminat, boleh menelefon saya atau suami untuk demo bagi melihat keberkesanan produk dan plan Umrah 2010.
Entahlah, ibu ni tak bekerja...hanya duduk rumah jaga anak2 tersayang. Belum ada kesempatan nak berjumpa orang baru untuk bina connection. Siapa yang tak berhajat nak dapat umrah free kan? Tapi ye lah, setakat ni ia hanya mampu jadi angan2 ibu. Mungkin satu hari jika Allah izinkan ibu mahu menjadi salah seorang distributor yang terpilih menunaikan umrah Shaklee dengan percuma bersama abah, Addin dan Nasa.
Ya Allah, seandainya Engkau izinkan, terimalah daku, suamiku dan anak2ku sebagai tetamu Mu ya Allah. Semoga kami semua dapat menjejakkan kaki dan beribadat di tanah suciMu Ya Allah. Semoga Shaklee menjadi sesuatu yang dapat membantu manusia lain mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Amin.
0 Ulasan