Walaupun Addin tidak dapat membaca dengan lancar seperti yang ibu harapkan namun ibu bangga kerana Addin berani menaiki pentas dan membaca teks yang diberi sehingga selesai. Manakala seorang lagi peserta lelaki yang tidak kurang hebatnya membaca merasa sangat malu untuk membaca di atas pentas. Hakikatnya bukan mudah untuk kita menghadapi penonton yang ramai yang tidak kita kenali.
Jauh dilubuk hati ibu berdetik, jika Allah mengizinkan Addin boleh menjadi pemidato sekolah sepertimana ibu pada zaman persekolahan. Ibu kurang berminat dengan sukan tetapi ibu aktif dalam semua jenis perbahasan, pidato, debat dan semua yang memerlukan seseorang itu berhujah dan berhadapan dengan khalayak ramai....rindunya zaman persekolahan yang meninggalkan banyak kenangan manis!!!
Semoga Addin dapat mengekalkan keberaniannya ini dan menjadi pemidato yang terhebat suatu hari nanti, insyaAllah.
0 Ulasan