Addin dan Nasa kini lebih akrab... seakrab mereka yang mempunyai sahabat sejati. Walaupun adakala usik mengusik dan menyakat itu masih ada setiap hari namun antara mereka sudah kurang cemburu. Tidak seperti sebelum ini yang amat ketara. Nasa sudah semakin matang... Addin dah nampak lebih bertanggungjawab.
Cerita Nasa
Minggu lalu, kami bermalam di rumah mak mertuaku di Rawang Perdana. Memandangkan rumah mereka dua tingkat maka mak dan ayah lebih selesa menyimpan semua vitaminnya di tingkat atas. Siapa sangka suatu peristiwa telah terjadi.....
Sebelum ini,menjadi rutin ibu akan memberikan Nasa dan Addin sebiji omega ( dalam seminggu tu adalah dua tiga kali)... namun antara Nasa dan Addin, sangat ketara menunjukkan yang Nasa tidak cukup dengan sebiji capsul. Namun ibu hanya akan menyuapkan sebiji sahaja dalam mulut kalian. So bila di rumah mamatok, sambil ibu dan abah leka menonton tv, Nasa membelek satu persatu botol vitamin. Bukan sekadar belek tetapi... dia cuba membuka setiap botol vitamin tersebut. Pada mulanya kami perasan vitamin mula berterabur dan vitamin itu ialah vitalea gold, sempat ibu kutip sebelum Nasa menjamahnya. Walau bagaimanapun telatah Nasa tidak terhenti di situ. Selang beberapa minit Addin menjerit..."Ibu Nasa bukan botol vitamin lagi!". Sekali lagi ibu mengaut semua vitamin untuk dimasukkan ke dalam botol. Abah pula dengan segera memeluk Nasa agar tangannya tidak menggapai vitamin yang bertaburan. Namun dalam diam tanpa kami sedar, abah cuba mengorek mulut Nasa... alamak ada vitamin la. Vitamin itu ialah lecitin...ibu memaksa Nasa meludahnya keluar, masyaAllah ada 5-6 kapsul lecitin dalam mulut anak ibu!!!! Addin ketawa dan mencapai botol Omega menunjukkan pada Nasa sambil berkata..." Nasa, bukan vitamin tu ler tapi yang ini. Ini yang ibu suap kat kita selalu!". Nasa dengan pantas mencapai botol itu dari Addin dan meminta ibu mengeluarkannya untuk dimakan. Dengan rasa kasihan, ibu hulurkan sebiji omega kepada Nasa. Nasa gembira sekali TETAPI tangannya masih menghulurkan kepada ibu mengharapkan ibu akan memberi sebiji lagi. Cukup2 sayang, omega tak boleh makan selalu takut panas badan ( itulah jawapan mak saya dulu sebab saya suka makan capsule minyak ikan yang mak beli di farmasi).
Cerita Addin
Addin semakin gembira ke sekolah tadika barunya. Addin dah pandai mengajukan soalan2 cepu emas. Antara soalan yang masih ibu ingat:
1. "Ibu, Addin nanti dah besar nak kerja kat turkmenistan atau mauritania. Ibu bagi tak?"
2. "Ibu, nanti Addin dah besar Addin nak kahwin ngan siapa?" -paling power!
3. " Ibu, kalau Addin dah besar boleh ke Addin bawa kereta sendiri kalau nak ke kedai atau jalan?"
Hmmm... ibu pasti akan gelak bila teringat soalan ni. Yang pasti Addin suka cium Nasa bila time ibu suruh tido awal. Alasan nak lambatkan waktu tidur. Bila ibu cakap perangai Addin kekadang pelik, Addin akan menjawab seperti dalam kartun kat TV..."Perangai pelik, sepuluh yang terbaik!" ...mana lagi kalau bukan dialog Hagemaru!!!!
Apapun ibu sayang anak2 ibu...selagi Allah izinkan ibu akan beri kamu semua makan omega sampai besar nanti supaya lebih cerdik dari ibu!
0 Ulasan