Life must go on (part 2)

Abah dah selamat sampai ke Nouakchott , Mauritania. Salah sebuah negara di Afrika. Bila sebuat Afrika sepatutnya ibu dah boleh bayangkan kehidupan padang pasir di sana. Sepanjang hari kami menunggu mesej atau panggilan dari abah tapi hampa. Addin sejak bangun dari tidur asyik bertanya, abah dah call ke ibu? Ibu hanya mampu menjawab nanti abah masuk opis then dia akan call kita. Inilah ayat yang ibu gunakan untuk mententeramkan anak bujangku ini.
Melalui google search, ibu dapat tahu kita beza 8 jam dengan mereka ini kerana negara ini terletak sangat jauh dari matahri terbit. So ibu mengharapkan agar abah akan call kita pada jam 5 pm waktu Malaysia bersamaan dengan jam 9am waktu Nouakchott. Jelas sekali masih hampa. Addin dah mula bergenang airmata kerana harapan hanya tinggal harapan. Jam 5.15pm Addin dah meraung mencari abah. Ibu yang tak tahan melalui keadaaan ini.
Memandangkan abah adalah planner yang terlibat dengan international operation maka adalah copy document yang abah simpan di rumah untuk semua contact person di luar sana. Nasib baiklah ex-boss abah, Hj. Rosdin ada di Mauritania... maka ada harapan nak tahu abah dah selamat sampai ke sana atau belum. Bertambah nasib baik ibu dapat contact number wife Hj. iaitu kak Cupit yang comel melalui Auntie Asfa( thanks Asfa) . So melalui auntie Sofea, ibu ada skype Hj. dan dengan muka tebal meminta tolong Hj. memaklumkan pada abah yang Addin rindukan abah. ( Terima kasih sangat2 kepada Hj. dan kak cupit atas pertolongan kalian).
Alhamdulillah jam 9malam abah dapat call sekejap sebelum dia pergi lunch( bersamaan jam 1pm di sana). Dan kini anak2 ku dapat tidur dengan aman dan tenang setelah dapat mendengar suara abah tersayang.
Yang pasti ibu sangat merindui kehidupan di Miri. Namun ibu tahu aturan Allah adalah yang terbaik, pasti ada hikmah di sebalik segala aturanNya. Buat kak Sofea, tabik ibu padanya atas ketabahan beliau menguruskan anak2 tanpa suami di sisi. Begitu jua buat kak Asmah di mana suaminya berada di Sudan. Semoga kalian sentiasa mendapat perlindungan Allah walau dimana kalian berada. Amin.

Buat abah.... this trip benar2 menguji kasih sayang kita. Semoga kasih, sayang dan cinta antara kita mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Amin.

Catat Ulasan

0 Ulasan