Kuantiti vs kualiti

Setiap orang berhak ke atas kesihatannya. Hanya kita sahaja yang tahu menilai harga sebuah kesihatan. Bermula dengan gastrik yang teruk dan saya sendiri yang sudah melalui banyak pembedahan; antaranya appendix, cyst (semasa pregnant Addin), ceasearean 2kali (Addin dan Nasa)dan pembedahan kecil kerana tulang kaki patah. Alhamdulillah saya bersyukur ditemukan dengan vitamin yang tertua dalam sejarah iaitu Shaklee.Saya dapat melaluinya dengan baik sekali.

Tidak dinafikan memang adakala terasa seperti mahalnya vitamin ini dan jika dibeli di farmasi pasti ada yang lebih murah. Tetapi pesan suami saya, yang terbaik itu pastinya berbeza dari yang lain. Duit kita boleh cari tapi nak recover dari kesakitan itu kos yang paling sukar dibayar dengan wang ringgit.

Saya bersyukur kerana telah berkongsi dengan ramai ibu yang melalui c-section melalui process recover dengan begitu lancar sekali di samping dapat menambahkan kualiti susu ibu itu sendiri.

Memang tidak dinafikan banyak vitamin di farmasi dan ada yang boleh diperolehi dengan murah sekali tetapi saya percaya pada prinsip saya, apa yang saya makan adalah apa yang saya tahu melalui ilmu yang saya perolehi dari buku.Berapa ramai antara kita yang membaca buku bagaimana memahami label sebelum mengambil sesuatu produk? Sebagai contoh, apakah yang paling penting dalam menentukan keaslian sesuatu vitamin? Berapakah jenis vit b dalam sesuatu b complex? Bagaimanakah pengambilan iron akan lebih efektif? Berapakah vitamin dan galian yang penting dalam sesuatu multivitamin? Saya yakin hatta seorang doktor sekalipun perlu membuka semula buku untuk mengingat fakta ini kerana mereka lebih ke arah merawat tetapi bukan mencegah.

Namun pada saya, asalkan seseorang itu mengamalkan pemakanan tambahan dalam hidupnya maka saya yakin golongan ini adalah mereka yang tahu menilai kesihatan. Sama ada ia berkesan pada tubuh atau tidak hanya anda yang tahu seiring dengan apa yang anda bayar. Hargailah sihat sebelum tibanya sakit!

Catat Ulasan

0 Ulasan