Harta Wakaf

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah mengizinkan projek kutipan derma untuk membelikan sebuah water filter untuk anak-anak yatim miri (kompleks kebajikan Hamidah) mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang menderma. InsyaAllah pada minggu hadapan saya yakin kutipan pasti mencecah target sebuah filter yang berharga RM1499. Apa yang pasti saya sangat-sangat bersyukur kerana rezeki anak-anak yatim ini dimana filter yang berharga RM2300 kini berharga RM1499. Sudah saya maklumkan kepada pihak pentadbiran Kompleks Kebajikan Hamidah iaitu Puan Hajah Juliyana mengenai perkara ini dan beliau sangat-sangat terharu mendengar berita ini. Beliau yang dijangka akan membawa 6 orang anak-anak yatim yang cemerlang untuk sebuah lawatan ke Kuala Lumpur pada bulan Disember 2008 nanti. InsyaAllah water filter itu akan diserahkan di hadapan anak-anak yatim agar mereka mengetahui betapa ramai insan yang menyayangi mereka walau jauh di mata. Saya berharap agar harta wakaf itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Hamidah.

Filter itu akan diserahkan bersama senarai penama wakaf yang diamanahkan kepada saya. Kutipan terakhir akan dilakukan pada 8 hb Nov yang beralamat di alamat 47 jalan 1/27d seksyen 6 wangsa maju. Mudah-mudahan Allah merahmati hidup kita di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Ingin juga saya kongsikan bersama apa yang saya fahami dengan pengertian wakaf, namun jika ada yang lebih arif boleh menjelaskan kepada saya dengan lebih lanjut.


Pengertian Wakaf

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Wakaf Sebagai Sedekah Jariah

Para ahli fiqh dan ulama' berpendapat, amalan wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf hingga ke akhirat, selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan.

Fadhilat Ibadah Wakaf

Mewakafkan harta adalah merupakan amal jariah yang sangat di tuntut oleh Islam kerana amalan wakaf bukan hanya sebagai satu amalan ibadah sahaja, malahan merupakan satu sistem yang beroperasi untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam melalui konsep pengumpulan harta bersama.

Catat Ulasan

0 Ulasan