RCPS- (Root Cause Problem Solving)Perkataan yang akan jelma dalam fikiran saya setiap kali ada pertanyaan dari teman-teman terutama tentang masalah kesihatan. Dua tiga hari ini saya mendapat banyak email dan mesej dari teman-teman bertanyakan petua untuk anak yang selsema dan batuk yang melebihi seminggu.
Untuk masalah ini, biasanya saya akan bertanya
1. adakah kepala anak sentiasa panas?
2. cuaca yang sentiasa berubah-ubah?
3. anak cirit birit?
4. demam yang berlarutan?
5. keadaan badan anak sejuk atau panas?
Saya juga melaluinya....ini ialah salah satu proses pembesaran anak. Jangan risau sehingga kita melatah tak tentu hala. Macam mana cara nak atasi? Mandikan anak 3 kali sehari....ini dapat mengurangkan panas kepala anak. Walaupun selsema saya tetap mandikan tetapi saya akan keringkan ubun-ubunnya secepat mungkin. Jangan biasa mandikan anak lewat selepas jam 5.30 petang kerana ini akan mengundang sakit. Selepas mandikan urutlah anak kita dengan minyak yang sederhana panas, seperti minyak telon, minyak gamat...tetapi jangan minyak yu'yi takut kulit anak akan melecur panas. Macam mana nak urut? Mulakan dengan sapu minyak di ubun-ubun, belakang telinga, tapak tangan dan tapak kaki. Kemudian sapukan minyak di sepanjang tangan kanan dan kiri diikuti dengan urutan di sepanjang kaki kanan dan kiri. Kemudian sapukan minyak dibahagian hadapan badan dimulakan dari dada hingga ke perut. Akhir sekali sapu dan urut bahagian belakang anak dengan minyak tadi.
Lakukan lah untuk setiap kali selepas mandi sepanjang anak tidak sihat.
Pastikan juga jika kepalanya masih lagi dalam keadaan yang tidak menentu, masih lagi panas maka pastikan suhu rumah adalah dalam keadaan sejuk iaitu antara suhu 26-27 darjah celcius. Ini sangat penting agar haba panas dalam tubuh anak akan bergerak keluar melalui kulitnya. Saya masih ingat lagi semasa saya mengajar subjek sains darjah 4 tiga dua tahun lalu.... ada seorang murid bertanya , "cikgu mengapa air panas di dalam cawan boleh sejuk apabila dibiarkan dalam beberapa minit?" Jawapannya ialah udara panas akan bergerak keluar untuk mencari udara sejuk. Sebab itu kita perlu concern dengan suhu rumah. Jika dahulu orang percaya jika anak demam selimutkan dia agar dia berpeluh maka dia akan cepat kebah tapi sebenarnya ini boleh mengundang kepada sawan tarik apabila haba terperangkan di dalam selimut dan ini akan lebih meningkatkan suhu badan anak. Jika ada penapis udara gunakanlah bersama-sama aircond yang terpasang di dalam rumah agar udara sejuk itu tidak menyebabkan paru-paru anak kita sakit.
Namun jika anak kita selsema dan batuk( keran ia biasanya datang dalam pakej) tetapi badannya dalam keadaan sangat sejuk maka mandi boleh digantikan dengan hanya mengelap seluruh tubuh badannya selain perlu diurut adalah juga digalakkan memberi sedikit madu pada awal pagi agar suhunya lebih stabil.
Di samping itu juga bagi anak yang masih menyusu ibu maka si ibu di galakkan mengambil vitamin C up to 3 tablets per day ( pagi, tengahari dan malam selepas makan) selama anak itu dalam keadaan tidak sihat. Jangan risau, ia takkan menjejaskan kesihatan ibu sebaliknya membantu anak anda agar sistem pertahanan badannya lebih kuat. Alang panadol doktor beri kita makan up to 8 tablets per day inikan pula hanya vitamin C.
Inilah petua yang saya amalkan untuk dua-dua anak saya namun jika anda lebih mempercayai ubat doktor, tiada masalah. Masa depan mereka ditangan anda.
0 Ulasan