Berat badan anak memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi pertumbuhan perkembangan anak-anak. Jika anak kita terlalu kurus atau bahasa lainnya under weight, dia pastinya akan mudah sakit, lambat recover dari sakit, perkembangan lain turut terjejas terutama apabila penerimaan pembelajaran. Walau pun tidak semua begitu tapi rata-rata itulah kesannya bila anak kita underweight. Namun begitu jika anak kita terlalu besar @overweight juga bukan satu petanda yang baik. Ini kerana mereka juga terdedah kepada risiko yang sama.
Melalui pengalaman dan pengamatan sepanjang mengajar di sekolah, dua kategori ini pastinya mempunyai masalah penerimaan pembelajaran. Secara lojiknya kanak-kanak yang underweight ini tidak mendapat zat makanan yang secukupnya maka perkembangan psikomotor dan lojik mereka juga turut terjejas.Bagi yang overweight pula mereka mudah keletihan...terutama apabila mereka dalam keadaan kekenyangan. Mereka juga pastinya mudah lapar dan ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan di dalam kelas.
Saya akui terdapat juga murid saya yang dalam kategori underweight mahupun overweight yang cemerlang namun perkembangannya tidak secara menyeluruh...perkembangan JERI tidak semuanya dipenuhi. JERI yang bermaksud Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual.
Sebagai ibubapa kita perlu alert dengan perkembangan anak kita...jangan hanya menuding jari kepada cikgu jika anak kita belum cemerlang. Bagi kita yang mempunyai anak yang berada dalam dua kategori ini, kita perlu melaksanakan rcps supaya kita tahu bagaimana nak mengatasi masalah ini.
Bagi anak yang overweight , ibu bapa perlu memantau dengan lebih terperinci apakah pemakanan yang benar-benar sesuai yang dapat membantu pertumbuhan anak yang sihat. Kurangkan memberi mereka makanan ringan seperti snack...terutama chocolate. Dapatkan juga makanan tambahan yang dapat membantu mereka kenyang selain dari terlalu bergantung dengan nasi. Maka perlahan-lahan anak kita akan mendapat berat yang ideal.
Bagi yang underweight....jika anak kita mempunyai masalah dalam selera makan, cuba cari masakan kita yang paling digemarinya. Masakkan dalam keadaan yang variety so that anak kita tak mudah bosan. Pastikan mereka dilatih minum banyak air masak agar perjalanan darah mereka lancar dan perkembangan lain turut berkembang. Selain itu cuba berikan mereka pemakanan tambahan agar mereka memperolehi semua zat dengan seimbang.Jika boleh jangan biarkan mereka berhenti minum susu. Amalkan meminum susu sekurangnya satu gelas sehari. Jika perlu dilayan...suapkan mereka dengan kasih sayang. Suapan kita hari ini menentukan ciri-ciri dalaman anak kita pada masa akan datang. Anak yang dibesarkan dengan cukup KASIH SAYANG dan bukan sekadar cukup WANG RINGGIT pastinya akan cemerlang dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.
0 Ulasan