Buat seketika kita digemparkan dengan berita keburukan pengambilan vitamin dimana dilaporkan jika individu itu mengamalkan pengambilan vitamin akan memberikan kesan negatif iaitu memperolehi penyakit serta pendek umur.... Bagi orang yang hanya bergantung dengan media semata-mata pasti akan termakan dengan kata-kata bidaah ini. Vitamin bukanlah ubat tetapi sekadar menggantikan makanan yang zatnya kurang atau tiada dalam menu harian kita.
Begitu juga dengan berita bahawa susu ibu mengndungi toksid... Hmmm, rasanya sampai satu masa rakyat Malaysia pasti tidak berminat dengan berita apalagi membaca suratkhabar kerana segala apa penyataan yang dikeluarkan seolah-olah mempunyai agenda yang tersendiri. Jika susu ibu dikatakan tidak baik apakah dengan membei susu lembu memberi satu jaminan bahawa anak kita sihat sepenuhnya.
Namun ramai kawan-kawan saya yang melatah...sayang seribu kali sayang. Jika kita kurang membaca adalah lebih baik bertanya, jangan terlalu bergantung pada satu sumber. Saya sendiri merujuk penyakit yang saya kurang faham dengan ramai doktor. Apa pun tepuk dada tanya selera....Apakah propaganda yang sedang dilakukan oleh pihak media kini memberikan kebaikan kepada rakyat Malaysia? Hanya anda mempunyai jawapannya!
0 Ulasan