Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati...maka terpulang pada kita bagaimana nak mencari penawarnya, sama ada melalui ubat(dadah) ataupun cara lain seperti supplement. Walaupun ada sesetengah doktor yang tidak percaya kepada keberkesanan supplement tapi tidak bermakna pesakit perlu mengikut apa yang dicadangkan oleh doktor itu.
Pada hakikatnya badan memerlukan masa untuk sembuh dari sesuatu penyakit. Vitamin atau supplement yang kita ambil sebenarnya membantu agar sel dalam tubuh mendapat nutrien yang secukupnya agar ia dapat melawan penyakit.
Oleh kerana itu bagi anda yang melalui keadaan kritikal sakit ketika baru mengambil supplement pastinya akan merasakan supplement itu mengeruhkan lagi keadaan tapi pada hakikatnya tidak. Itulah yang dikatakan healing crisis. Kita perlu yakinkan pada diri ianya sekadar sementara dan keadaan akan pulih apabila kita kuat semangat.
Ianya berlaku kepada teman saya yang sering mengalami migrain. Pada seminggu dua yang pertama setelah mencuba supplement Shaklee beliau merasakan seolah-olah migrainnya semakin parah. Namun alhamdulillah beliau seorang yang kuat semangat dan banyak membaca untuk menambahkan ilmu di dada.Setelah melalui saat yang sukar kini beliau sihat dan tidak seperti dulu yang sering sakit. Teman saya ini kini lebih ceria dan gembira melalui hari-hari di tempat kerja mahupun di rumah.
Benarlah kata orang, penyakit ini datang seperti ribut namun nak sembuh perginya macam siput. Sama ada kita sabar atau tidak menjadi jawapan sama ada kita akan pulih atau sebaliknya.
0 Ulasan