Addin sekarang dah besar panjang... tinggi pun dah hampir dengan bahu ibu. If pergi shopping orang sekeliling pasti ingat Addin adalah adik ibu. Banyak kali kami ditegur sampai masa di Airport KLIA pun ada juga yang bertanya. Addin dah pandai bergaya... kalau nak keluar berjalan, rambut perlu sapu gel dulu. Sun glass mesti bawak, takut panas katanya. Hmmm....cepat benar masa itu berjalan. Addin dah besar sekarang. Addin tidak suka dipanggil budak kerana katanya dia anak bujang ibu. Mula-mula tergelak bila Addin mengeluarkan perkataan itu sehingga saya menokok ...alamak tak lama lagi ibu akan lihat anak ibu ada girlfriend. Abah Addin ketawa besar dengan seloroh ibu.
Ibu doakan Addin pandai bawa diri di mana Addin berada. Semoga setiap hari yang berlalu membawa kebahagian kepada semua anak-anak ibu.

Masa baru dapat wallet. Ini yang terbaru, yang dulu dah jadi kenangan.

Bergambar sebelum keluar berjalan-jalan...
0 Ulasan