Patutlah...

Patutlah anak ibu asyik merengek saja sejak kebelakangan ini
Patutlah anak ibu asyik suka minta di dokong dan dikelek
Patutlah anak ibu suka tidur dipeluk
Patutlah anak ibu tak suka main sorang-sorang
Patutlah anak ibu suka sangat nak menggigit sampai telinga abang pun nak cuba digigitnya

.....rupa-rupanya sebab gigi nak keluar.

Selama ini ibu nampak gusi Nasa sentiasa bengkak tapi giginya tak juga timbul
Semalam baru ibu perasan ada 4 batang gigi keluar dari gusi Nasa
2 di atas.... 2 di bawah.
Alhamdulillah
Puas ibu tunggu..
Masa abang addin dulu 6 bulan dah keluar 2 batang atas
Masa 7 bulan, 2 batang bawah

Lain pulak dengan anak ibu yang ini,
Umur dah cecah 7 bulan setengah baru nak keluar gigi
Nak keluar serentak rupa-rupanya.

Ibu doa bila dah ada gigi selera makan Nasa terbukalah
agar kerunsingan ibu ini lenyap begitu sahaja...

Catat Ulasan

0 Ulasan